
Kita biasanya mendengar kaedah kawalan racun serangga adalah cara terbaik untuk menghapuskan pembiakan dan penularan penyakit bawaan nyamuk seperti denggi, zika dan juga malaria. Namun begitu terdapat banyak cara lagi yang boleh diamalkan secara alami atau semulajadi.



Gambar diatas menunjukkan beberapa cara yang sangat popular diseluruh dunia. Semburan aerosol, fogging(pengasapan) dan juga larvaciding sememangnya terbukti dapat membantu kita melawan penyakit bawaan vektor ini.
KKM ada mencadangkan kepada masyarakat untuk mengaplikasikan kaedah lebih semulajadi bagi menjaga kelestarian alam sekitar untuk jangka masa panjang. Salah satunya ialah dengan menanam beberapa jenis tumbuhan disekeliling rumah kita.
Terdapat beberapa kajian seperti Zaridah et. al (2005) di Kepong, Ferreira et.al (2011) di
London, Pattanayak et. al (2015) dan Satpute et.al (2015) di India yang mendapati tumbuhan ini bukan sahaja boleh menghalau nyamuk malah berkemampuan untuk menghalau serangga-serangga lain. Antara tumbuhan yang boleh ditanam dan berfungsi sebagai pokok penghalau nyamuk adalah seperti berikut:
CONTOH TUMBUHAN PENGHALAU NYAMUK
- POKOK BUNGA TAHI AYAM

Lantana Camara
Kajian oleh Pattanayak et.al (2015). Plant Having Mosquito Repellent Activity:
An Ethnobotanical Survey. http//:www.ijrdpl.com.
2. POKOK SERAI WANGI

Cymbopogan nardus
Kajian oleh Zaridah et.al (2005). Mosquitocidal Activities Of Malaysian Plants.
Journal of Tropical Forest Science. January 2006
3. POKOK SELASIH

Kajian oleh Pattanayak et.al (2015). Plant Having Mosquito Repellent Activity:
An Ethnobotanical Survey. http//:www.ijrdpl.com.
4. POKOK AKAR WANGI

Kajian oleh Pattanayak et.al (2015). Plant Having Mosquito Repellent Activity:
An Ethnobotanical Survey. http//:www.ijrdpl.com
5. POKOK LIDAH BUAYA

Kajian oleh Zaridah et.al (2005). Mosquitocidal Activities Of Malaysian Plants.
Journal of Tropical Forest Science. January 2006
6. POKOK FLORAMASTER

Fernandoa adenophylla
Kajian oleh Zaridah et.al (2005). Mosquitocidal Activities Of Malaysian Plants.
Journal of Tropical Forest Science. January 2006
7. POKOK TONGKAT ALI

Eurycoma longifolia
Kajian oleh Zaridah et.al (2005). Mosquitocidal Activities Of Malaysian Plants.
Journal of Tropical Forest Science. January 2006
8. POKOK MAMBU

Azadirachta indica
Kajian oleh Zaridah et.al (2005). Mosquitocidal Activities Of Malaysian Plants.
Journal of Tropical Forest Science. January 2006
9. POKOK JEREMIN

Pelargonium citrosum
Kajian oleh Zaridah et.al (2005). Mosquitocidal Activities Of Malaysian Plants.
Journal of Tropical Forest Science. January 2006
Tumbuhan yang disenaraikan diatas sememangnya terbukti berdasarkan kajian saintifik yang dibuat oleh pakar. Mungkin tak semua tumbuhan tersebut boleh didapati dan ditanam dengan mudah, kekangan kawasan dan jenis rumah yang kita diami perlu diambil kira. Sekurang-kurangnya pokok Aloe Vera dan serai wangi agak mudah untuk ditanam dan dijaga.
sumber: https://idengue.mysa.gov.my/