PEWANGI UDARA; KENAPA PERLU ADA DISETIAP PEJABAT?. FAKTA DAN IDEA.

Semua syarikat yang berjaya sedar bahawa bau yang menyenangkan didalam pejabat akan memberi impak yang besar kepada produktiviti ditempat kerja. Mereka sanggup berbelanja besar supaya pekerja dapat memberi tumpuan sepenuhnya disampaing merasa relax dan tenang. Jom kita lihat beberapa sebab kenapa pewangi udara ni penting disamping beberapa fakta berkaitan.

KEPENTINGAN & MANFAAT PEWANGI DI TEMPAT KERJA

MENINGKATKAN SEMANGAT PEKERJA , PRODUKTIVITI & MENGURANGKAN TEKANAN

Kajian menunjukkan bahawa pendedahan kepada bau yang menyenangkan seperti lavender boleh meningkatkan prestasi pekerja, menenangkan & mengurangkan tekanan (stress). Pekerja akan sentiasa merasa ingin berada didalam pejabat seperti berada dirumah. Ini yang Boss suka.

MENINGKATKAN KADAR PENGEKALAN PEKERJA

Persekitaran kerja yang memberangsangkan dapat membantu membina pekerja
meningkatkan nilai mutu & harga diri. Ini akan memotivasikan mereka untuk tinggal lebih lama di sesebuah syarikat. Di era pasca pendemik dan GIG Ekonomi sekarang, syarikat perlu bersaing bagi mendapatkan pekerja dan lebih sukar lagi bagi mengekalkan mereka.

PEMULIHAN BAU

Masalah kualiti udara dalaman di dalam pejabat yang disebabkan oleh bahan pencemar.
Sumber dan punca penghasilan bau busuk akan membuat pekerja / pelawat berasa kurang
selesa. Sungguhpun pewangi udara kebiasaannya bertindak sebagai masking agent, ia dapat membantu memulihkan bau kurang menyenangkan didalam pejabat. Mana datangnya bau yang kurang menyenangkan ini?. Bau badan manusia, bau karpet dan fabrik dari kerusi dan lain-lain.

Pemilihan wangian boleh meneutralkan bau busuk dengan bau yang betul/selesa, ia secara
tidak langsung boleh meningkatkan ‘mood’ seseorang.

MEWUJUDKAN SUASANA TENANG & MESRA

Dengan wangian aroma terapi, apabila digabungkan dengan susun atur dalaman, warna dan
pencahayaan boleh mendorong suasana santai & kesan positif kepada pengunjung.
Wangian juga membantu meningkatkan pengiktirafan jenama & meningkatkan imej syarikat.

FAKTA TENTANG PEWANGI

  1. Selepas penglihatan , deria bauan adalah antara yang paling banyak kepentingan di semua
    deria kita (1)
  2. Deria bau Wanita LEBIH KUAT berbanding seorang lelaki.
  3. Setiap orang mempunyai identity bau yang tersendiri atau “gerprint” (3)
  4. Peningkatan mood akan bertambah sehingga 40% apabila terdedah kepada wangian yang
    menyenangkan (2)
  5. 75% daripada emosi kit akan tercetus ‘triggered’ dengan bau (1)
  6. Sebanyak 54% pekerja akan kurang melakukan kesilapan menaip apabila mereka
    terdedah kepada bauan / pewangi lemon/sitrus (4)
    Sources:
    1) http://www.mirror.co.uk/lifestyle/health/20-fascinating
    -facts-sense-smell-1977351
    2) http://www.neurosciencemarketing.com/blog/articles/
    multisensory-marketing.htm/
    3) http://www.livescience.com/odor-unique-ngerprint
    4) http://scentmarketingdigest.com/2011/03/01/do-youhavegood-business-scents/

APA YANG DIFIKIRKAN OLEH PEKERJA TENTANG PEWANGI

  1. 35% Menyatakan bahawa wangian adalah perkara pertama yang mereka beri
    perhatian apabila mereka berjalan masuk kedalam sebuag premis.
  2. 93% bersetuju bahawa ambien pewangi akan menjejaskan tugas produktiviti ,
    semangat dan sikap pekerja.
  3. 98% bersetuju bahawa bau yang kurang selesa dapat menjejaskan prestasi kerja
    dalam membuat sesebuah keputusan di dalam perniagaan.
  4. 93% berasa dihargai di tempat kerja jika pejabat berada dalam keadaan wangi.

Secara ringkasnya, pewangi udara bukan sahaja dapat memberi impak langsung iaitu bau yang segar dan harum. Apa yang paling penting ialah ianya akan membantu syarikat mengekalkan tenaga kerja disamping produktiviti yang dihasilkan adalah jauh lebih baik. Perlukah syarikat membeli dan menguruskan sendiri kerja wangian pejabat ini?. Ya. Boleh. Tapi yang lebih baik ialah dengan mendapatkan syarikat professional dalam bidang hygiene untuk membantu anda menguruskan persekitaran pejabat yang segar dan harum sepanjang masa.

NOORFADILA BINTI MOHD KHAIDZIR

SANICARE HYGIENE SERVICES SDN BHD.


Leave a comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.