
Sanitary bin atau tong tuala wanita merupakan fasiliti paling penting yang wajib ada didalam tandas anda sekiranya anda mempunyai staff wanita tidak kira seorang atau seribu orang. Keperluan asas ini perlu diberi perhatian dan pemilihan syarikat pembekal perkhidmatan yang berpengalaman adalah amat penting bagi memastikan kebajikan pekerja dan imej syarikat terjamin. Kenapa perkhidmatan ini sangat perlu?. Jom kita lihat 8 fakta kenapa ianya sangat penting.
1. KEPERLUAN SEMASA PEKERJA WANITA
Wanita menyumbang 48.5% sumber tenaga kerja global yang mana keperluan kebersihan sudah menjadi tuntutan dan kepentingan semasa semua pekerja. Wanita mencurahkan keringat dan komitmen di premis pekerjaan sama ada di sektor kerajaan dan sektor swasta. Oleh kerana ramainya pekerja wanita, seharusnya setiap majikan mengambil langkah penyediaan Sanitary Bin ini di setiap ‘cubical’ dan tandas di premis masing-masing.
2. PENINGKATAN KESEDARAN HYGIENE DAN KEBERSIHAN SEJAK DARI ZAMAN PERSEKOLAHAN
Sejak lebih 20 tahun yang lalu, kesedaran berkaitan kepentingan menggunakan Sanitary Bin sejak di alam persekolahan semakin meluas dan banyak sekolah menerimanya dengan sangat baik. Disetengah syarikat, mereka menerima undangan pihak sekolah bagi wakil syarikat melaksanakankerja-kerja Corporate Social Responsibility atau dikenali sevagai CSR bagi berkongsi rahsia kebersihan yang sangat baik jika setiap daripada pelajar dapat memahami dan pandai menggunakan Sanitary Bin yang disediakan di mana-mana premis terutamanya di peringkat sekolah sehinggalah mereka melanjutkan pelajaran mereka di kolej, universiti memasuki alam
pekerjaan kelak.
3. MENINGKATKAN IMEJ SYARIKAT DENGAN MENJAGA KEPENTINGAN KEBERSIHAN PERSONEL
Pekerja yang efisien dan bermotivasi sentiasa menjaga kebersihana diri, organisasi dan
persekitaran keliling di mana ia berada pada setiap hari dan setiap masa. Oleh itu, kebersihan personal seseorang pekerja akan meningkatkan imej syarikat tersebut melalui keutamaan keperluan sanitasi di pejabat atau persekitaran pekerjaan mereka. Pekerja akan mudah menjeruk perasaan dan hati jika keperluan personal ini tidak dihormati dan merosakkan mood personel tersebut. Bayangkan, tatkala ‘mood personel’ menghilang kerana kitaran haid yang mendatang, syarikat tidak mampu menyediakan tong peribadi yang amat diperlukan oleh pekerja Wanita tersebut pada masa yang sangat memerlukan.

4.MENGELAKKAN DARIPADA KOS PENYELENGGARAAN YANG TINGGI SETIAP TAHUN
Pernah berlaku di salah sebuah sekolah asrama puteri di salah sebuah negeri maju di Malaysia yang telah mengalami masalah kerosakan tandas hampir keseluruhan aras kerana sikap alpa dan leka pentadbiran asrama yang gagal menyediakan Sanitary Bin kepada pelajar-pelajarnya.Kerana apa? Kerana pelajar-pelajar yang telah Akhil Baligh ini membuang sisa tuala Wanita yang dipakai ke dalam lubang tandas kerana ketiadaan tong yang sesuai untuk dibuang! Kenapa jadi begini? Sisa Tuala Wanita ini sifatnya tidak larut, berbentuk pepejal dan tebal adalah dilarangkeras dibuang ke dalam lubang tandas! Jika beratus-ratus pelajar membuangnya danmengepamnya, sisa tersebut akan terkumpul saban masa dan akhirnya menyebabkan tandas tersumbat. Kos untuk menyelenggara masalah tandas tersumbat bagi sebiji tandas tidak lahmurah berbanding menyediakan tong-tong Sanitary ini di setiap tandas bagi pelajar atau
pengguna Wanita di dalamnya.
5. HARGAI PEKERJA WANITA, SAYANGI MEREKA MELALUI KEPERIHATINAN DARI MAJIKAN
Bancian daripada 1,000 pekerja Wanita yang berkhidmat di dalam pelbagai sektor pekerjaan menunjukkan bahawa, lebih 80% pekerja Wanita merasa di hargai jika majikan dapatmenyediakan ruangan kerja yang bersih dan selesa di pejabat berbanding 11% menyatakan tidak kisah, 5% menjawab tidak perlu dan selebihnya jawapan lain-lain. Peningkatan tahap keperihatinan majikan terhadap kebajikan, kebersihan dan motivasi pekerjaan terhadap pekerja ini sangat ketara pada akhir abad ke 20 sehingga kini. Ditambah lagi setelah 2 tahun lebih kita di Malaysia berperang dengan pelbagai SOP kebersihan yang terus memberikan sumbangan utama dalam penyediaan ruangan kerja yang lebih nyaman, bersih dan tidak berpenyakit.
6. PENJAGAAN KEBERSIHAN DAN HYGIENE SECARA BERSAMA
Jika dahulu, majikan mengambil kontrak menyediakan Sanitary Bin kerana keperihatinan mereka sebagai majikan sahaja. Tahap kefahaman, keperihatinan tentang kebersihan dan sanitasi ketikaitu sangat rendah. Tong-tong Sanitary ini digunakan sebagai tong sampah dengan membuang segala mak nenek sampah seperti tisu, bekas makanan, plastik dan sebagainya. Kesedaranmengenai penggunaan Sanitary Bin kini semakin meningkat menjelang akhir 90an dan kepentingan tahap kebersihan dan sanitasi di pejabat kini dipantau dan diperingatkan secara bersama. Pekerja dan Majikan sama-sama bersepakat dan mengakui bahawa kepentinganSanitary Bin ini perlu ada dan diteruskan penggunaannya demi kepentingan pekerja dan
menjaga keselesaan dan imej syarikat
7. MENGHAPUSKAN STIGMA NEGATIF
Bayangkan disaat perkerja wanita kita perlu hadir kepejabat dalam keadaan mereka datang bulan, ketiadaaan sanitary bin diytandas boleh mewujudkan keadaan yang tidak selesa dan memalukan. Stigma negatif ini akan memberi impak kepada persekitaran kerja dan juga imej syarikat.
8. MENGEKALKAN TAHAP KEBESIHAN HYGIENE YANG TINGGI SERTA MENGURANGKAN PENCEMARAN SILANG(CROSS-CONTAMINATION)
Covid-19 dan penyakit berjangkit lain boleh hidup di atas kotak dinding logam sehingga 72 jam dan ini boleh menyebabkan penularan jangkitan permukaan kepada manusia. Belum lagi patogen bawaan darah dan mikroorganisma berbahaya seperti Hepatitis, E. Coli, Staphylococcus dan Salmonella hidup di permukaan ini. Dengan menyediakan bekas sanitari bebas sentuhan yang berkesan, anda komited untuk tahap kebersihan yang lebih tinggi, menghapuskan pencemaran silang, bau busuk dan melindungi pengguna bilik air anda daripada penyakit.
Untuk mencapai tahap standard yang tinggi tersebut, kaedah servis yang profesional dan terbaik perlu diberi perhatian yang serius oleh pembekal dan juga pengguna.