8 FAKTOR UTAMA DALAM MEMILIH PENGERING TANGAN(HAND DRYER) TERBAIK.

Apa khabar semua?. Biasanya semua orang tahu berkenaan dengan pengering tangan ataupun hand dryer, cumanya kebanyakan kita kurang pasti apakah jenis hand dryer yang PALING SESUAI untuk premis perniagaan kita.

Macam kita ingin memilih kereta, nak beli kereta untuk ke pasar atau nak beli kereta untuk aktiviti berprestasi tinggi seperti memecut laju dijalan raya atau mengganas di dalam bukit bukau. Sebabtu kita akan tengok berbagai jenis hand dryer dipasang ditempat awam dan didalam bangunan komersil.

Sekiranya analogi beli kereta tadi kita guna untuk proses membuat keputusan membeli hand dryer, kita dapati persoalan dan keraguan adalah berasaskan kepada perbezaan konsep penggunaan hand dryer tu sendiri.

Beberapa faktor perlu diberi perhatian yang akan memenuhi keperluan kita sebagai pemilik premis. Secara umumnya ada 8 faktor penentu untuk kita jadikan panduan.

1) SPEED(KELAJUAN)

Kita sambung cerita perumpamaan beli kereta tadi, sekiranya kita sukakan kelajuan,dan kita nak pasang ditempat yang mempunyai jumlah pengunjung atau pengguna yang sangat tinggi sepeti restoran, hotel, airport, stesen keretapi/komuter/MRT dan wet market didalam pasaraya, kami cadangkan hand dryer yang boleh mengeringkan tangan dalam masa 8-10 saat. TAPI kena INGAT!!!. Kepantasan yang kita perlukan tidak datang dengan tanda harga yang murah. Macam kita nak beli Honda Civic Type R yang boleh hasilkan 306HP tu.. Harganya jauh berbeza dengan Honda Civic biasa yang hasilkan 183hp. Rupa je sama.

2) Energy Efficiency( Kecekapan Tenaga)

Seluruh dunia mula memberi perhatian kepada elemen kecekapan tenaga sejak dua menjak ni. Perkataan “Energy Efficiency” harini dah jadi more fashionable than ever. Sebagaimana yang kita bincang tadi, prestasi hand dryer tidak seharusnya mengorbankan Energy Efficiency. Oleh yang demikian, eco-fast hand dryer dengan penggunaan tenaga yang rendah adalah pilihan terbaik. Dengan kadar penggunaan tenaga antara 1.8 -4.2 w/h per drying cycle akan membolehkan kita jimat 80% tenaga jika dibandingkan dengan traditional hand dyer.

3) HYGIENE

Selain dari Energy Efficiency, perkataan Hygiene juga semakin popular sejak 2 tahun terakhir ni. Terima kasih diucapkan kepada pendemik Covid-19. Sebab Covid-19, ramai antara kita dah mula bagi perhatian kepada kebersihan diri atau hygiene tak kira dirumah, tempat awam, ataupun ditempat kerja. Kebanyakan pelanggan mula inginkan hand dryer yang boleh bagi jaminan tahap Hygiene dan Kesihatan yang tinggi, hand dryer perlulah berupaya untuk mengelak virus diudara berterbangan dan berpindah-randah ketangan pengguna semasa proses pengeringan tangan. Ciri-ciri yang perlu ada bagi setiap hand dryer termasuklah HEPA filter medium, Ion Hygieneic technology (ionizers) dan juga Biocote antibacterial additive. Jadi, dari ciri-ciri yang diperlukan untuk capai tahap hygiene diperlukan, kita dapat agak yang hand dryer diperlukan adalah bukan kaleng-kaleng.. Harganya mestilah mahal jika dibandingkan dengan hand dryer konvensional.

Hampir semua Hand Dryer kini menjadikan HEPA filter sebagai komponen utama.

4) MAINTENANCE (PENYELENGGARAAN)

Energy Saving bukanlah satu-satunya aspek hand dryer yang boleh bagi penjimatan kepada kita. Kita juga perlu ambil kira faktor lokasi pemasangan hand dryer tersebut. Penggunaan yang sangat tinggi ditempat tumpuan ramai akan memberi kesan kepada kos penyelenggaraan hand dryer. Eco Fast hand Dryer adalah yang paling baik. Selain dari prestasi pengeringan yang pantas serta penggunaan elektrik yang minimum ia juga mempunyai ketahanan yang tinggi. Susah rosak dan berdaya tahan. Penggunaan tisu juga akan berkurangan.

Sewa dan servis antara cara terbaik untuk memastikan penyelenggaraan sentiasa berada ditahap terbaik.

5) DESIGN AND FUNCTIONALITY( REKA BENTUK DAN FUNGSI)

Zaman sudah berubah. Citarasa juga mula berubah. Kini kita lebih memilih produk yang minimalis, kecil, unik TETAPI cukup kuat untuk menjalankan fungsi utama, Hand dryer mula dicipta dengan saiz yang kecil dan comel. Dilengkapi dengan fungsi hygiene seperti HEPA filter dan tangki mudah urus yang lebih cepat dan pantas.

6) SPACE AND ACCESSIBILITY( RUANG DAN KEBOLEHCAPAIAN)

Sekiranya kita mempunyai ruang yang terhad untuk projek bilik air seterusnya atau ingin ubahsuai tandas yang sedia ada, kita seharusnya mengambil kira ukuran atau saiz hand dryer yang ingin digunakan. Ini PENTING bagi memastikan pilihan yang tepat dibuat untuk jangka masa panjang. (sesetengah hand dryer kini didatangi dengan 5-7 tahun jaminan). ADA Regulations (US) contohnya menetapkan any wall-mounted object (such as a hand dryer) cannot protrude more than 10 cm from the wall. By doing so, we will contribute to achieving a comfortable and safe bathroom space for all users

7) NOISE(TAHAP KEBISINGAN)

Ini sangat penting ye. Bayangkan jet hand dryer seperti Xlerator (tahap bising-95dBA) dan Dyson (tahap bising-80dBA)dipasang ditandas perpustakaan atau bilik pejabat yang bersaiz sederhana dan kecil. Huru hara jadinya nanti. Untuk bilik air di pasaraya, kilang atau lapangan terbang, hand dryer yang mempunyai fungsi pengering sepantas 8-10 saat sangat diperlukan walaupun akan menghasilkan bunyi bising seperti enjin Ferrari. Jadi, kita perlu bijak mengimbangi fungsi dan kesesuaian lokasi dimana hand dryer hendak dipasang.

Pilih yang sesuai dengan tempat dan fungsi.

8) DURABILITY (KETAHANAN)

Sekiranya kita jenis pengguna yang pakai selagi boleh, hand dryer yang menawarkan fungsi pengeringan yang hebat ditambah pula dengan jaminan 5-7 tahun adalah wajar menjadi pilihan. Jenama Xlerator, Mediclinic dan Dyson misalnya memberikan tempoh jaminan yang lama. Hand dryer dari China macam biasala, 1 tahun je. Tapi jangan salah faham ye, 1 tahun dengan harga yang jauh lebih murah mungkin berbaloi untuk sesetengah pengguna. Pilihan ditangan anda.Tetapi, sekiranya kita inginkan ketenangan fikiran berpanjangan, pilihla untuk pakej sewa dan servis dari syarikat hygiene services company.

Akhir sekali, apa yang boleh kita simpulkan adalah Ferrari atau Honda Civic semuanya bergantung pada keperluan dan bajet pengguna. Sama seperti hand dryer, pilihan yang tepat boleh memberi kesan jangka masa panjang yang signifikan kepada perniagaan anda. Sebagaimana kita bincang diatas tadi, dengan memilih untuk sewa dan servis ianya dapat mewujudkan ekosistem penyelenggaraan produk dan memberi kepuasan optimum kepada pelanggan kita.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: