BEBERAPA TIP ATAU PETUA UNTUK MENGELAKKAN KUNJUNGAN SERANGGA PEROSAK DIRUMAH ANDA SEMASA CUTI HARI RAYA.

Dengan masuknya tahun baharu, maka bermulalah pesta cuti dinegara kita. Paling hampir ialah cuti seminggu Tahun Baru Cina. Ramai yang dah mula meninggalkan kota raya untuk balik ke kampung tanpa mengira bangsa. Biasala, rakyat Malaysia kan memang meriah orangnya, Bukan apa, takut nanti masa Hari raya Aidilfitri kes Covid-19 mencanak naik. Pak Long Sabri isytihar PKP sekali lagi.

Apa yang boleh anda buat sebelum tinggalkan kediaman untuk balik kampung?

  • Pastikan anda periksa keseluruhan rumah terutamanya dibahagian stor (sama ada bawah tangga atau atas siling rumah), kabinet dapur, semua rangka kayu, skirting lantai dan tempat yang gelap serta lembab. Anai-anai suka tempat macam ni.
  • Jangan letakkan buku, majalah, surat khabar lama di atas lantai dalam tempoh yang lama tanpa pemerhatian. Kertas merupakan makanan feveret anai-anai. Lipas dan tikus juga boleh tumpang sekaki.
  • Pastikan sisa makanan diikat dan dibuang keluar dari kawasan rumah anda. Tong sampah WAJIB dibersih dan dikosongkan.
  • Simpan makanan yang tidak habis dimakan kedalam bekas dan masukkan kedalam peti sejuk. Lipas dan tikus biasanya tak boleh buka pintu peti sejuk dengan sendiri. Kecuali anda balik kampung dan pintu peti ais lupa nak tutup.
  • Kebersihan adalah senjata utama. Vacuum seluruh kawasan rumah untuk pastikan tiada sisa makanan terutamanya biskut, cokelat, Super Ring dan yang sewaktu dengannya tertinggal dibawah karpet, katil dan sofa rumah anda. Lap bahagian atas dapur dan mop lantai untuk mengeluarkan serpihan dan sisa daripada tumpahan minyak masak dan juga percikan rendang ayam, kerutuk daging, ayam sambal yang anda masak sebelum balik kampung.
  • Pastikan longkang di luar rumah adalah bersih, kerana pengumpulan air bertakung boleh menarik serangga perosak. Memandangkan musim hujan sekarang ni tidak menentu, anda perlu pastikan laluan air tidak tersekat.
  • Periksa bahagian luar rumah anda denga teliti. Sekiranya terdapat bahagian pokok yang menjalar dan bersentuhan dengan dinding, tingkap atau bumbung rumah anda, potong dengan segera sebelum anda tinggalkan rumah. Ia akan menjadi jejantas atau lebuhraya untuk semut, lipas, tikus, anai-anai dan ular untuk masuk kerumah anda.
  • Anda juga boleh menggunakan perangkap tikus atau lipas dan juga menyembur racun serangga yang mempunyai kesan residu disekeliling kawasan rumah luar dan dalam. Nak lebih mudah, hubungi syarikat kawalan serangga berdaftar yang sememangnya mempunyai kepakaran membantu anda.

Kesimpulannya, kita perlu lebih peka dan sensitif denga persekitaran kawasan kediaman. Jika hari ini kita nampak seekor lipas atau tikus dilantai dapur rumah kita, PERCAYALAH… jumlah mereka jauh lebih besar dari itu.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: