Mat Rental Services (MRS) – Solusi kreatif untuk ruang yang lebih bersih, selamat, menarik serta memberikan pengalaman yang luar biasa bagi setiap langkah.

Mat Rental Services (MRS) adalah sistem pertahanan utama melalui karpet yang boleh digunakan oleh organisasi atau premis untuk menentang kotoran seperti habuk, air bahkan minyak yang mampu mengakibatkan kerosakan terhadap lantai anda. Ianya sedikit sebanyak membantu memerangkap kotoran di pintu masuk premis anda dan mengurangkan risiko kotoran dari merebak ke seluruh kawasan.

Mengapa menggunakan perkhidmatan Mat Rental Service(MRS)

Dengan penggunaan karpet ianya dapat memberi daya tarikan estatik kepada pelanggan selain meningkatkan kualiti udara dalaman bangunan. Kotoran yang melekat di tapak kasut adalah cara utama toksik dibawa masuk. Ini kerana, setiap langkah ke tempat letak kenderaan atau dimana jua terdapat kotoran seperti minyak, cecair racun perosak dan lain-lain yang dengan begitu mudah melekat di tapak kasut anda!
Karpet bukan kalis kotoran – karpet mesti dibersihkan daripada bahan cemar melalui pembersihan dan penyelenggaraan yang rapi supaya ia dapat berfungi dan memerangkap kotoran dengan lebih efisen.

Fasiliti dan mesin yang lengkap perlu bagi proses pencucian yang sempurna

Sekiranya tiada MRS di pintu masuk bangunan anda, dengan hanya 1500 orang melangkah keluar masuk boleh menyebabkan 42% kerosakan yang ketara pada kemasan lantai! Karpet yang diselenggara dengan baik bukan sahaja akan menjimatkan kos yang dihabiskan bagi kerja-kerja pembersihan lantai bangunan, tetapi juga melindungi keadaan dan kemasan lantai.

Walaubagaimanapun harus diingat bahawa karpet akan lebih mudah rosak sekiranya karpet tersebut digunakan di kawasan laluan trafik tinggi seperti pintu masuk pusat membeli-belah dan Bahagian Pengeluaran / Operasi Kilang. Jangka hayat karpet anda akan terjejas dengan ketara. Justeru, anda harus bijak merancang dan mencadangkan jadual perkhidmatan selenggaraan yang komprehensif terhadap pelanggan anda.  


Bagaimanakah MRS dapat membantu anda?

Jatuh tergelincir dan tersadung adalah antara punca-punca kecederaan utama di kawasan tempat kerja. Pelanggan di premis anda juga tidak terlepas dari risiko ini dan ianya bahkan menjadi lebih berisiko. Sekiranya bangunan anda jenis terbuka dan boleh diakses oleh orang ramai, tanggungjawab anda menjadi lebih besar kerana orang awam berkemungkinan besar mengalami kecederaan akibat tergelincir dan jatuh di lantai yang basah atau licin.

Karpet yang diselenggara dengan baik dapat membantu mengurangkan risiko kecederaan seperti ini di dalam kawasan premis anda.
Selain itu, terdapat beberapa jenis karpet di pasaran yang boleh membantu meningkatkan imej korporat syarikat anda apabila ianya diletakkan di lantai dan bagi sesetengah keadaan, karpet juga boleh diletakkan di ruangan dinding premis.
Karpet yang diselenggara dengan baik dapat membantu mengurangkan risiko kecederaan seperti ini di dalam kawasan premis anda.
Selain itu, terdapat beberapa jenis karpet di pasaran yang boleh membantu meningkatkan imej korporat syarikat anda apabila ianya diletakkan di lantai dan bagi sesetengah keadaan, karpet juga boleh diletakkan di ruangan dinding premis.

Teknologi Jet-Print yang canggih untuk impak yang hebat!

Logo dicetak khas atas karpet ini memberikan dua fungsi secara serentak.

Logo dan grafik berwarna cerah dan terang mampu menjadi daya penarik utama bagi tujuan mempromosikan produk atau perkhidmatan syarikat.

Karpet ini juga sangat berfungsi bagi mengawal habuk dan kotaran yang menjadikannya sesuai dan sempurna untuk ditempatkan di pintu masuk bangunan mahupun Kaunter Khidmat Pelanggan.

Dengan jaminan dua (2) tahun terhadap kerosakan pembuatan selain menggunakan teknologi percetakan terkini, karpet yang menggunakan kaedah Jet-Print ini akan tetap kelihatan baru walaupun telah digunakan secara kerap dan telah melalui proses cucian berulang kali.

Mengapa memilih Jet-Print?

  • Reka bentuk tersendiri
  • Menghalang kotoran dan lembapan
  • Permukaan nylon yang tahan lasak
  • Penyokong getah nitril tahan geseran dan gelinciran
  • Jaminan 5 tahun dengan selenggaraan berkala

Water-Horse Mat: Karpet dengan kapasiti tahanan air yang lebih sempurna

Adalah baik sekiranya anda meletakkan karpet serbaguna di pintu masuk premis anda. Bukan hanya digunakan sebagai pengawal habuk dan debu, ianya juga mampu mengawal air atau lembapan yang dipindahkan melalui tapak kasut ke seluruh kawasan premis.

Karpet yang mampu menyerap air dengan lebih baik

Karpet dari jenis Water-Horse ini dapat menampung dan memerangkap hingga 4.5 liter air bagi setiap kaki persegi dan reka bentuk seperti waffle timbul ini mampu membersihkan kotoran dari tapak kasut dan menjamin ketahanan terhadap gelinciran dengan sempurna. Permukaan karpet pula adalah diperbuat 100% dari bahan Polypropylene dan oleh yang demikian ianya adalah anti pudar dan reput. Karpet jenis ini juga amat jelas mempunyai berat melebihi karpet dari jenis yang berbeza. Oleh itu, ianya lebih stabil dan tidak mudah bergerak walaupun dalam keadaan luar yang berangin.

Permukaan belakang karpet pula adalah diperbuat sepenuhnya dari bahan getah untuk memastikan karpet sentiasa terletak dan selamat di atas lantai. Mempunyai ketahanan gelincir serta bahagian getah yang tidak melengkung dek kerana cuaca panas dan sejuk. Tepi karpet juga direka khas agar mudah lentur supaya pengguna tidak mudah tersandung dan memastikan getah tidak mudah koyak. Justeru, ia menjadikan karpet ini mempunyai daya ketahanan yang tinggi dan prestasi yang berkekalan.

Beli atau sewa?

Jawapannya adalah SEWA. Karpet adalah mahal jika anda memilih untuk membelinya dan melakukan selenggaraan sendiri tanpa peralatan yang betul. Idea untuk memiliki karpet di bangunan atau rumah persendirian adalah untuk meningkatkan imej serta menjaga kebersihan premis anda dan tahap kebersihan dipatuhi sewajarnya.

Jangka hayat karpet yang lebih panjang akan memastikan kos penyelengaraan anda menjadi lebih rendah dan membantu syarikat anda meningkatkan keuntungan dalam jangka masa panjang. Oleh itu, anda tidak perlu membazir dengan menambah produk ini dalam senarai inventori anda. Mat Rental Services (MRS) adalah strategi perniagaan yang terbukti bermanfaat untuk anda sebagai pelanggan sekaligus menjaga kebersihan persekitaran dan imej premis sepanjang masa.

Artikel asal dalam bahasa inggeris boleh diakses di https://seranggahidup.com/2020/08/10/mat-rental-servicesmrs-creative-solutions-for-cleaner-safer-more-beautiful-spaces-and-delivers-an-outstanding-customer-experience-every-step-of-the-way/

Sekiranya anda memerlukan khidmat nasihat secara PERCUMA, boleh hubungi kami, pakar perkhidmatan hygiene anda.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: