10 TIP MENEMPUH PEPERIKSAAN SPM NORMA BAHARU UNTUK ADIK-ADIK SEMUA.

Hari ini pada tanggal 22/2/2021 tercipta satu sejarah baharu dinegara kita,satu peperiksaan yang paling penting dalam kehidupan pelajar iaitu SPM akan berlangsung bukan sahaja lambat beberapa bulan dari tarikh asal tapi juga dalam persekitaran baru yang mencabar.

Macam-macam keluh kesah yang kita dengar dan baca di medsos. Ada yang dah patah semangat, hilang motivasi dan ada juga yang gembira SPM ditangguhkan. Jom kita lihat beberapa tip yang boleh dijadikan pedoman sepanjang tempoh getir beberapa minggu mendatang ini. Jangan serius sangat ye. Tip yang dikongsi ni berbentuk santai tapi penuh makna.

Kami yakin yang adik-adik semua sudah mengulangkaji dan belajar sedaya upaya sepanjang tempoh bertenang ini. Jadi disini kami hanya nak kongsi tip-tip yang tiada kaitan dengan ulangkaji pelajaran. Dah bersedia?. Jom.

  1. Pastikan kesihatan berada pada tahap TERBAIK. Ini paling utama. Tak guna kalau otak anda sehebat Einstein kalau pada minggu kritikal ni anda tak sihat. Demam selsema pun sudah cukup mengganggu prestasi anda nanti. Apa lagi kalu terpaksa check-in di hospital.
  2. Elak aktiviti lasak dan tidak perlu. Sekiranya anda terlibat dan aktif dalam aktiviti atau sukan lasak yang boleh mendatangkan kecederaan serius, hentikan dahulu. Merempit, mandi sungai, main papan luncur, UFC, malah zero-point sekali pun silalah berehat sementara. Ada ke lagi yang main zero-point?. Nak hilangkan stress?. Main congkak, carom, PUBG(ni pun stress juga), catur atau main dam ular. Jaga betul-betul kesihatan mental dan fizikal anda.
  3. Jaga pemakanan. Makan makanan yang dapat membantu meningkatkan memori seperti ikan, sayur-sayuran, bijirin dan kacang. Jangan katakan keracunan makanan, cirit-birit biasa pun dah memberi kesan kepada kehadiran anda didalam dewan peperiksaan. Macam mana nak jawab kertas soalan kalau asyik Please Teacher May I go out..
  4. Pastikan mendapat tidur yang cukup. Tidur yang cukup sangat penting untuk reset atau tetap semula otak kita dan memori. Ramai yang berjaga sampai lewat malam malah ada yang sampai 3-4pagi untuk ulangkaji(geng last minit biasanya buat kerja ni). Tapi kalau ada EPL malam tu,Manchester United lawan Liverpool contohnya boleh lah bangun sambil solat tahajud dan latih tubi jawab soalan sambil tengok Man U belasah Liverpool (Ini sebagai contoh sahaja)
  5. Putus cinta masa ini sangatlah tidak digalakkan. Dengar macam lucu, tapi gangguan emosi pada masa kritikal ini banyak menjahanamkan potensi pelajar. Jangan main-main ye. Takut menangis dalam dewan peperiksaan je nanti. Tapi kalau itu berlaku, jangan bimbang. Bunga bukan sekuntum, kumbang bukan seekor. Mungkin pasangan hidup anda masih lagi di TABIKA KEMAS.
  6. Datang awal ke pusat peperiksaan.
  7. Jangan menipu dan cuba untuk menipu. Jauhi ‘toyol’peperiksaan. Adik-adik tahu tak apa maksud toyol tu?. Istilah biasa bagi pelajar-pelajar yang kurang keyakinan diri dan tak cukup persediaan. Salin nota ditempat-tempat tersembunyi untuk rujukan segera semasa peperiksaan. Masalah penTOYOLan ini berlaku bukan sahaja disekolah malah di IPT juga(macam ada pengalaman pulak). Yakinla pada diri anda. Lagipun kalau kena tangkap dengan pengawas peperiksaan, habislah.
  8. Pastikan peralatan seperti kotak pensil, kalkulator dll. disediakan secukupnya. Cukup sahaja tak mencukupi. Pastikan bawa masuk dewan peperiksaan. Kalau tertinggal nanti, jenuhla duk menumpang kasih dengan kawan-kawan. Jangan lupa bawa air masak, Bukan air ketum.
  9. Elakkan berfikiran negatif. Masa untuk menjauhkan diri dengan FB, Insta, TikTok dan yang sewaktu dengannya. Banyakkan berdoa dan mendekatkan diri dengan Yang Maha Pemberi dan Pemurah.
  10. Dapatkan restu ibu bapa dan guru-guru. Ini antara tip yang paling penting. Mohon kemaafan dan redha insan insan keramat ni bagi membolehkan kita melalui peperiksaan dengan tenang dan yakin.

Banyak lagi tip yang boleh dikongsikan. Cukuplah 10 tip ini. Kami mengharapkan adik-adik semua berjaya didalam SPM ini dan seterusnya berjaya dalam kehidupan. Anda semua harapan bangsa. Ingat pesan ini;

kalau covid-19 yang kita tak nampak pun kita boleh handle, inikan pula kertas peperiksaan yang sudah tentu kita boleh nampak

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: