
Salam sejahtera. Selamat ber PKPB untuk semua. Lama lagi nampak gayanya kita semua akan melalui saat penuh mencabar ni. Memandangkan kita akan lebih banyak BDR(Bekerja Dari Rumah) atau Berehat Di Rumah, saya jangkakan tuan puan ada banyak masa untuk membaca artikel yang lebih ilmiah.
Kenapa Kita Perlu Tahu Serba Sedikit Berkenaan dengan Undang-undang Berkaitan?
- Untuk memberi pemahaman tentang undang-undang dan peraturan berkaitan dengan pemakai racun makhluk perosak.
- Untuk mengetahui apakah agensi berkaitan yang terlibat secara langsung dan tidak langsung.
- Ini yang paling penting. Bagi memastikan pekerja dan semua personel terlibat tahu akan langkah keselamatan dan seterusnya dapat melindungi semua pihak terlibat.
Undang-undang Berkaitan
Terdapat beberapa peruntukan undang-undang yang perlu diberi perhatian. Di antaranya ialah seperti berikut:

Untuk tujuan perbincangan kali ini, kita akan memberi tumpuan kepada Akta Racun Makhluk Perosak 1974(Pindaan 2004) sahaja. Akta lain insyaallah kita akan sentuh didalam posting akan datang.
Untuk tidak memeningkan kepala kita semua, saya masukkan point utama dalam bentuk gambar sahaja. Bukan apa takut nanti semua jadi peguam. Sapa nak buat kerja kawalan serangga pula nanti.

Disamping itu, perlu diketahui sifat atau definasi bahan kimia akan berubah sekiranya beberapa perkara berikut berlaku:

Bagi melindungi kepentingan semua pihak terutamanya pelanggan dan pengeluar bahan kimia, Akta ini memberi penekanan terhadap beberapa perkara. Diantaranya ialah:

Dengan kepesatan platform dagangan atas talian hari ini, amat sukar untuk pihak berkuasa melindungi kepentingan awam dan juga pengeluar. Bahan kimia boleh didapati dengan mudah di Shopee, Lazada dan sebagainya. Produk tiruan atau kitar semula di bungkus semula dengan pelbagai jenama. Kesian dekat Bayer, BASF, Sumitomo dan lain-lain.
Siapa yang diberi kuasa untuk memantau Akta ini?

Didalam Akta ini terdapat 7 Peraturan dan undang-undang yang berkenaan atau berkaitan:

Jom kita lihat satu persatu secara ringkas.




Peraturan yang kelima adalah amat penting dan seringkali menjadi masalah pada masa kini kesan daripada perkembangan pesat platform jualan atas talian yang menyukarkan pihak berkuasa memantau kemasukan racun dari luar dan tidak berdaftar. Untuk tujuan ini, Lembaga Racun Makhluk Perosak(LRMP) adalah badan yang dipertanggungjawabkan untuk memberi kelulusan sebelum sesuatu racun baru boleh mula diiklankan untuk tujuan komersil.



Sebenarnya terdapat banyak lagi bahagian yang perlu disentuh untuk memahami dengan jelas tajuk kali ini. Memandangkan otak pun dah jem ni. Jadi saya akan buat sambungan pada entri akan datang.
Sekiranya anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai topik diatas, tinggalkan soalan anda diruang komen. Field Biologist/Entomologist kami akan membantu anda

MSc (Entomology) UKM