Di zaman Covid-19 yang makin mengganas ni, semua tempat dan benda kalau boleh kita akan bersihkan(sanitise) termasuklah didalam kereta kita. Persoalannya adakah selamat sekiranya kita membuat semburan nyahcemar didalm kereta kita?. Jom kita lihat apa kata pakar permotoran berkenaan dengan norma baru kehidupan hari ini.
The Centers for Disease Control and Prevention di Amerika Syarikat mencadangkan agar kita memakai sarung tangan pakai buang ketika kerja disinfeksi dijalankan. Sekiranya permukaan didapati kotor, penggunaan sabun dan air sebelum kerja disinfeksi adalah perlu.
Apa kata Nissan?. Nissan cadangkan kita menggunakan kain lap microfiber yang lembut dilembabkan dengan air dan sabun sebagai ejen disinfeksi.
Elak Penggunaan Cecair Pencuci.
Pengeluar kereta memberi amaran bahawa tidak semua bahan pencuci yang ada dipasaran boleh digunakan didalam kenderaan. Ini termasuklah bleach, hydrogen peroxide, benzene, thinners atau bahan pencuci lain yang bersifat kasar.
Bahan pencuci ini boleh merosakkan pelapik atau upholstery dan permukaan dalaman kereta anda. Sebaliknya kita dicadangkan untuk lap permukaan dalaman kereta dengan alcohol-based wipes atau semburan bahan sanitasi yang mengandungi 70% alcohol sebagaimana dicadangkan oleh pakar perubatan.
Bagaimana Untuk Bersihkan Head Unit, Permukaan Sesentuh.

Ini bahagian yang paling menakutkan. Head Unit (HU) merupakan pusat infotainment disamping pelbagai tetapan kereta anda bermula disini. Disebabkan sifatnya yang sangat sensitif dengan sentuhan, penggunaan bahan pencuci yang agresif boleh menjahanamkan permukaan sekaligus memberi kesan kepada fungsi tetapan yang lain.
Kita hanya perlu menggunakan kain lembut yang dilembabkan dengan air sabun. Lapkan secara lembut kemudian keringkan dengan kain lembut yang baru. Bahan pencuci yang berasaskan ammonia tidak sepatutnya digunakan kerana ia akan merosakkan anti-glare dan anti-fingerprint coating. Kalau rosak, menyesal tuan tuan.
Menurut pakar di Nissan, senarai semak dibawah merupakan bahagian dalam kenderaan yang penting untuk kita disinfect.
Bahagian Kenderaan Yang Perlu Dijalankan Disifeksi:
- Steering wheel
- Key and remote fob
- Start button (if applicable)
- Exterior door handles, both sides
- Boot lid grab areas
- Interior door pulls, both sides and interior door panels
- Rear view mirror, back and edges
- Aircon vents
- Gear lever
- Indicator lever
- Windscreen wiper controls
- Centre console knobs and arm rest
- Parking brake handle / release lever
- Seat belt and buckle (avoid harsh cleaners on the belt itself, as they can degrade the fibres and the belt’s strength)
Berikut merupakan infografik yang memudahkan kita memmahami konsep disinfeksi didalam kenderaan.

Covid-19 sememangnya musuh tersembunyi yang paling mudah berjangkit. Memastikan dalaman kereta kita sentiasa bersih dan disanitasi/nyahcemar dengan kerap boleh membantu kita terhindar dari menjadi mangsa covid-19.
Semoga bermanfaat untuk semua.
Nota: Diolah dari:
https://www.iol.co.za/motoring/industry-news/the-dos-and-donts-of-disinfecting-your-car-47723417