Impak Coronavirus: Apa perlu SME buat?

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) telah dilanjutkan sehingga 28/4/2020. Ada yang seronok dan ada yang monyok. Biasanya, pekerja lah yang seronok. Cuti. Gaji jalan. Tapi keseronokan ini mungkin tidak berpanjangan. Majikan? Biasanya monyoklah dalam situasi ini.

Apa yang perlu dibuat bagi memastikan kesinambungan syarikat terus berada dilandasan yang betul dalam keadaan sukar ini?. Ada beberapa cadangan oleh pakar yang mungkin boleh membantu Boss Boss semua.

Ada beberapa isu yang menyumbang kepada kesukaran SME untuk terus bertahan. Salah satunya ialah pergerakan terbatas rakyat Malaysia.

Sekatan Jalan Dimana-mana

Bagi SME yang terlibat dalam industri servis, keadaan ini memberi impak negatif yang besar sekali.

Jom kita lihat beberapa perkara yang boleh SME buat sebagaimana yang dicadangkan oleh salah satu Badan Perkaunan Terbesar di dunia, CPA Australia:

Sentiasa Bersedia Dengan Maklumat Terkini.

Di Malaysia, setiap hari pihak berwajib akan mengeluarkan pelbagai arahan dan kemaskini data terbaru. Disebabkan kita berada dalam keadaan separa lockdown (boleh dikatakan), tiada makluman awal oleh kerajaan untuk setiap arahan baru. Tugas anda. Sedia dengan smartfon untuk dapatkan maklumat terbaru. Pest Control Industry misalnya, sampai kehari ini sewaktu artikel ini ditulis, belum ada arahan jelas dari kerajaan sama ada servis boleh dilakukan ataupun tidak. Penantian satu penyiksaan.

27/3/2020, PM telah membentangkan pakej stimulus yang baru. Banyak sangat insentif dan arahan terbaru yang melibatkan Boss Boss SME. Sila ambil perhatian. Coronavirus adalah kisah cinta yang tiada penghujungnya selagi WHO tidak mengisytiharkan ianya berakhir.

Jaga Pekerja Anda

Disamping kita mencari jalan untuk memastikan bisnes terkesan pada tahap minimum, kebajikan dan kesihatan pekerja mesti diutamakan. Mengurus emosi, mental dan fizikal pekerja semasa krisis kesihatan sebegini sememangnya sesuatu yang sukar.

Sebagai Boss, jualan dan operasi perlu terus berjalan bagi mengelakkan aliran tunai syarikat nazak. Bagi SME yang terlibat dengan perkhidmatan pembersihan dan kawalan serangga, teknisyen akan tertedah dengan virus ini dimana-mana. Sangat penting bagi kita melengkapkan semua pekerja dengan PPE yang terbaik. Tiada ruang untuk berkompromi dengan virus pembunuh ini. Ingat!. Tiada pekerja, tiadalah bisnes.

Wujudkan Cross Functional Response Team

Tak semua SME di negara kita memiliki pasukan yang lengkap dari segi pengurusan dan operasi. Ada syarikat yang hanya memiliki 3-10 orang sahaja. Mungkin sukar untuk membentuk special task force. Tapi sebagai Boss, anda perlu memastikan pasukan khas ini diwujudkan sungguhpun ianya bermaksud anda, isteri, kerani dan penyelia sahaja.Kenapa?Inilah masanya kita perah kepala otak masing-masing untuk mencari jalan bagi mengurangkan impak negatif ataupun mencari peluang perniagaan disebalik bencana yang sedang berlaku.

Pasukan Khas


Masa terbaik untuk mendamaikan pasukan Jabatan Jualan dan Jabatan Akaun. Salesman bertanggungjawab untuk membantu Credit Controller membuat kutipan bagi pelanggan yang bermasalah. Pihak akaun pula membantu sales dalam memperomosi jualan syarikat bila berinteraksi dengan pelanggan. Bagi insentif kepada mereka sekiranya berjaya mencapai objektif.

Secara umumnya, terdapat 4 elemen yang perlu diberi perhatian:

  1. Sales-Sila fikirkan sesuatu yang luar biasa sekiranya bisnes anda tiada ruang untuk berurusniaga secara online.
  2. Ada staff yang mencukupi-PKP yang dilaksanakan sekarang, kebolehan mereka untuk datang bekerja perlu diberi perhatian. Apatah lagi kalau mereka tidak boleh bekerja dari rumah. Contohnya kerja pembersihan dan kawalan serangga.
  3. Rantaian Bekalan– PKP juga menjadi sebab utama kita gagal untuk dapatkan barang dari pembekal tepat pada waktunya. Pastikan anda menyimpan stok yang BERPATUTAN. Jangan terlebih sehingga menjadi blood clot terhadap aliran tunai kita.
  4. Kewangan-Terutamanya bagi mereka yang tidak mempunya cash reserve yang mencukupi sekurang-kurangya 6 bulan perbelanjaan. Kalau syarikat anda kaya seperti Apple atau Nestle, abaikan tip ini.
Industri Pengangkutan Antara Yang Paling Teruk Terjejas

Semak Kedudukan Kewangan Syarikat. Sihat atau Tenat?

Syarikat ada duit yang cukup atau tidak?

Jika anda betul-betul tahu kedudukan kewangan syarikat anda, ianya akan memudahkan anda membuat keputusan yang tepat disaat sukar. Tiba masanya anda berkepit dengan akauntan syarikat sepanjang masa bagi melihat secara harian keluar masuk duit syarikat.Prioriti adalah kuncinya.

  • Gaji pekerja
  • Bayaran kepada pembekal
  • Simpan stok secara bijak
  • ansuran bank dan lain-lain

Stimulus Package yang diumumkan oleh PM mungkin memberi sedikit kelegaan kepada SME. Malah Bank Negara Malaysia menambah sedikit lagi bantuan selepas pada pengumuman itu.https://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_press&pg=en_press&ac=5022. Seterusnya, PM umumkan pakej rangsangan ekonomi khusus untuk SME buat kali KEDUA

Dalam erti kata lain, sambar aje apa sahaja yang kerajaan berikan.

Tapi, itu bersifat sementara. Perancangan komprehensif dari syarikat akan menjadi penentu hidup mati dimasa akan datang. Perbelanjaan yang tidak perlu, kita K.I.V dulu atau batalkan terus. Bonus Hari Raya?. Bonus Hujung Tahun?. Tuan-tuan jawablah sendiri.

Pastina aliran tunai kita sihat.

Buat Semula Bajet atau Sales Forecast Tahunan Syarikat.

Dengan krisis global yang tengah kita hadapi hari ini, kebanyakan SME akan mengalami sasaran tersasar. Bergantung kepada industri apa yang anda ceburi. Pembekal hand sanitiser, topeng muka, bahan disinfectant dan kelengkapan berkaitan sudah tentu tersenyum lebar. Stok Habis!!! Harga pun naik berkali ganda. Rezeki mereka lah kan.

Tapi, bagi yang terlibat dalam industri peruncitan, saloon, bengkel, latihan dan pelancongan, pastikan MD atau CEO duduk semeja dengan pasukan pengurusan yang lain bagi mengkaji semula unjuran pertumbuhan syarikat.

Penurunan jualan selama 3-6 bulan, kekurangan bekalan dari pembekal, pemberhentian pekerja dan lain-lain kemungkinan perlu diberi perhatian yang serius.

Bertindak SEKARANG Untuk Perbaiki Aliran Tunai.

‘Well I think we found the source of your cash flow problems, Mr. Wallis!’

Banyak perkara boleh kita lakukan untuk memperbaiki aliran tunai syarikat. Antaranya ialah:

  • Sewa je, tak perlu beli bangunan baru, equipment baru atau kenderaan baru.
  • Offer Discounts. Pelanggan bayar lebih awal dari masa yang sepatutnya, kita bersedia bagi diskaun. Kurang sikit keuntungan. Tapi aliran tunai terjamin.
  • Untuk pelanggan baru, lihat dulu semakan kredit. Kalau rekod pembayaran buruk, pastikan kita meminta bayaran deposit yang tinggi atau yearly in advance payment. Kalau mereka tak setuju?. F.A.C. Find another customer. Dalam tempoh sukar sebegini, tak semua pelanggan adalah pelanggan kita.
  • Perbaiki Inventori Anda. Pastikan apa yang ada didalam stor kita adalah moving items dan bukannya blood clot.
  • Hantar invoice tepat pada masanya. Ada syarikat SME yang kurang peka dengan strategi ini. Lagi lambat anda hantar invoice kapada pelanggan, lagi lama lah anda perlu tunggu untuk dapat bayaran. Ingat! Dalam keadaan krisis sebegini, semua syarikat tak kira pelanggan atau pembekal akan tetapkan prioriti bayaran mereka.
  • Berbaiklah dengan pembekal anda. Mudah-mudahan pembekal dapat memberi terma kredit baru kepada anda. Dari 30 hari ke 90 hari. If you have mouth to ask, people got heart to consider.
  • Gunakan Bayaran Elektronik. Sebagaimana kita mahu duit pelanggan cepat-cepat berada dalam akaun kita, begitu juga pembekal. Pastikan tiada lagi red tape yang memerlukan pelanggan bayar melalui cek. Online kan je.

Kreatif. Berfikir diluar Kotak.

Anda tiada pilihan. Kalau sebelum ini kita hanya bergantung sepenuhnya dengan jualan offline, kini anda WAJIB mewujudkan platform online untuk meningkatkan jualan. Jadikan Shopee atau Lazada sebagai rakan niaga anda.

Saya bagi satu contoh. Syarikat Pest Control dalam keadaan sukar sekarang bila PKP dikuatkuasakan. Tetapi, meandangkan semua tempat sekarang ini memerlukan perkhidmatan nyah kuman(disinfecting services), bisnes akhirnya bernafas seperti biasa. Kena cepat bertindak.

Bagi syarikat perkhidmatan hygiene, inilah masanya untuk anda menjual barang-barang hygiene seperti hand dryer, air freshener dispenser, tissue, hand soap dan lain-lain secara online. Masa untuk berjinak-jinak dengan Pos Laju atau syarikat courier yang lain.

Begitu juga pemilik kedai-kedai buku atau restoran, Tanpa perniagaan secara online, anda mungkin gulung tikar. Tak pun bergulung dalam tikar sebab pekerja mintak gaji atau pembekal minta bayaran. Pilihan ditangan anda.

Sebagai contoh, Pest Control Operator(PCO), syarikat pencucian, Car Saloon, syarikat pengurusan landskap dan juga Hospital Swasta yang mula menawarkan perkhidmatan nyahkuman(disinfectant service). Strike while the iron is hot.

Sebahagian Iklan Berbayar di FB

Ini paling penting. Berbincanglah secara baik dengan staff anda. Ya, kerajaan telah meletakkan garis panduan supaya tiada pemberhentian atau pemotongan gaji. Perlu diingat, biasanya mana-mana kerajaan pun akan memberi fokus kepada rakyat bukan syarikat. Syarikat tidak boleh mengundi.(bukan politik ye)

Jangan Lupakan Pelanggan Anda.

Pastikan SEMUA pelanggan kita tahu kewujudan dan kekentalan syarikat kita mengharungi waktu sukar ini. Sentiasa berhubung dengan mereka. Tawarkan apa jua bantuan yang boleh kita bagi untuk mengurangkan beban mereka. Keikhlasan kita akan menyebabkan nama syarikat sentiasa dibibir mereka sepanjang masa. Untung-untung boleh dapat kontrak baru sebab pelanggan kesihan dekat kita. Email, whatsapp, panggila telefon ataupun online questionnaire boleh memberikan impak positif yang besar kepada kita.

Sebagaimana kita memerlukan pembekal dalam kitaran bisness kita, begitu juga pelanggan. Tawarkan diskaun menarik bagi pelanggan yang melunaskan bayaran lebih awal dari tempoh kredit. Ataupun berikan kemudahan bayaran installment bagi membantu pelanggan membayar duit kita. Rugi sikit takpe, janji aliran tunai kita berdaya saing. Ingat, during crisis, cash is King!.

Kesimpulan.

Saya suka mengambil kata-kata keramat ini.

Pandemik ini pasti berlalu. Anda perlu kuat dan bijak. Jangan berhenti mencuba sesuatu yang baru demi meneruskan kelangsungan syarikat anda.

Tough Time Never Last

Tough People Do

Robert H. Schuller



Yusnaizi M.A. seranggahidup.com

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: