
Ada beberapa sebab kenapa anak muda hari ini WAJIB memilih kerjaya sebagai Salesman. Sebenarnya, perkataan SALES itu sendiri sangat menakutkan. Apa lagi untuk menjadi Salesman. Kenapa saya menggunakan perkataan SALESMAN dan bukannya JURUJUAL? Salesman adalah panggilan yang paling sinonim dalam perbualan seharian kita. Jom kita lihat beberapa sebab umum kenapa anda perlu pilih kerjaya yang gila-gila ni:
Duit
Hampir pasti anda akan memperolehi gaji jauh lebih tinggi dari kawan-kawan anda di jabtan pentadbiran atau teknikal. Kenapa? Sebab ANDA lah yang menetapkan berapa gaji yang anda mahu. Sudah tentu bunyinya mudah. Hakikatnya dikala rakan-rakan dijabatan lain sedang enak berada dikerusi empuk, anda walk the street dibawah panas matahari dan ribut petir.
Syarikat perlukan sales untuk survive. Tiada sales, tiada yang lain. Untuk itu biasanya syarikat akan reward salesman dengan baik sekali supaya mereka sentiasa berada ditahap TERBAIK. Lagi banyak sales dibawa masuk, lagi tinggi komisen yang diperolehi. Ini lah motivasi paling tinggi untuk seseorang salesman. Anda bagaimana?
Nak Jadi CEO?. Jadi SALESMAN Dulu Bro.
Jom kita lihat 10 orang CEO tersohor di dunia yang kerjayanya bermula didalam bidang sales.
- Howard Schultz; Starbucks-Sales rep at 25, CEO by 35
- Warren Buffet-A paperboy to World’s richest man
- Mark Kuban; AXS TV–Billionaire by the the age of 41
- William C. Weldon-Sales Rep at Johnson and Johnson
- John Paul DeJoria-Paul Mitchell System
- Samuel Palmisano-from sales rep to CEO of IBM
- Nick Woodman-Founder of GoPro
- Robert Herjavec-Herjavec Group, Canada’s largest IT security provider.
- Anne Mulcahy-CEO of Xerox
- Gary Vaynerchuk–VaynerMedia and VaynerX
Kalau anda nak tahu lebih lanjut. Google je lah. Di Malaysia pun ramai jutawan dan CEO yang bermula sebagai salesman. Dalam industri perkhidmatan Kawalan serangga dan Hygiene yang saya ceburi sekarang pun ramai usahawan-usahawan hebat yang bermula dari bawah. Insyaallah kalau ada peluang saya temuramah mereka.
Kenapa anda perlu pengalaman sebagai salesman sebelum menjadi CEO?. Jawapannya ialah, PELANGGAN! Hidup mati sesebuah syarikat bergantung kepada PELANGGAN. Cari mereka, servis mereka, jaga mereka dan pastikan mereka bahagia dibawah payung Syarikat anda. Semua kerja ini diketuai oleh pasukan sales. Malang sekali jika anda menjadi CEO tapi gagal memahami denyut nadi dan tingkah laku PELANGGAN anda.
Kerjaya sebagai salesman juga melatih anda untuk berkomunikasi secara efektif dan bijak. Bukan sahaja dengan PELANGGAN, tapi juga dengan pekerja, pembekal (dalam dan luar negara) dan jabatan kerajaan. On the field exercise sebeginilah yang akan melengkapkan diri anda sebagai CEO yang HEBAT!
Kawalan Peribadi
Dalam bidang sales, MASA adalah senjata paling merbahaya. Sama ada anda menunggangnya atau dia membunuh kerjaya anda. Paling syok. Anda diberi kebebasan untuk bermain dengannya. Dengan syarat!. As long as you’re producing the results your boss requires.

Didalam bidang sales ini, ada beberapa perkara anda perlu ingat berkait dengan kebebasan anda mengawal masa,
The harder you work, the more you sell.
The longer you work, the more you sell.
The smarter you work, the more you sell.
The more you learn, the more you sell.
Semuanya bergantung pada anda. Menarik bukan?
Job Security
Sekiranya anda adalah Top Producer atau sekurang-kurangnya salesman yang mempunyai track record cemerlang didalam sesebuah syarikat, anda bagaikan permata didalam dan diluar syarikat. Mencari kerja baru bukanlah masalah bagi anda.
Tapi perlu diingat.
Salesman merupakan kerjaya paling fragile diatas muka bumi. Anda terikat dengan SALES QUOTA yang tidak memungkinkan anda kipas atau bodek Boss anda.
ezy

Anda Sentiasa Dihadapan
Sebagai orang sales, tugas anda sememangnya akan sentiasa berada dibarisan hadapan dan berkomunikasi dengan segenap lapisan masyarakat. Salesman yang hebat akan memastikan dirinya sentiasa dilengkapi dengan maklumat terkini tentang apa yang terjadi didalm industri dan pasaran. Salesman dan pasukan teknikal(service team) yang akan sentiasa berbual dan berkomunikasi dengan rakan-rakan dari syarikat lain(Syarikat Pesaing)
Sebagai salesman yang bermaklumat, anda akan lebih bersedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang berlaku didalam pasaran atau didalam industri yang anda ceburi.
Salesman Akan Mati?
Hari ini, salesman sepatutnya dilihat sebagai usahawan yang berkaliber, kreatif, berani dan seiring dengan ganjaran yang diterima disamping memacu syarikat ketahap yang lebih tinggi. Kita perlu terima hakikat bahawa pelanggan atau prospek mempunyai kuasa memilih dan kuasa membeli yang besar jika dibandingkan dengan 20 tahun yang lalu.
Hari ini, pelanggan tidak perlu lagi berjumpa anda untuk membeli. Google adalah sales consultant pelanggan kita. Apa sahaja, mereka akan tanya Google. Adakah kerjaya salesman akan mati suatu hari nanti? Tidak tuan-tuan. Tidak!.
Bagi yang berada didalam industri B2B , anda masih relevent dan masih menjadi senjata ampuh syarikat. Jangan bimbang. Kajian di Amerika Syarikat, 15 juta orang terlibat dalam kerjaya sabagai sales. Kira-kira 5% dari jumlah penduduk negara Uncle Sam . Di Malaysia, saya tiada data untuk dikongsi. Tapi saya yakin, secara fundamental, peratusannya adalah sama.

Banyak lagi bedah siasat kerjaya salesman yang akan saya kongsikan di pertemuan yang akan datang.
Yakinlah. Anda SALESMAN YANG HEBAT!