DALAM BISNES, APA YANG KITA BOLEH BELAJAR DARI SIR ALEX FERGUSON

SAF 1

Siapa Sir Alex Ferguson (SAF) ni?

Kalau anda tak mengenali siapa SAF ni saya andaikan anda peminat Liverpool atau baru lahir minggu lepas. SAF merupakan salah satu pengurus pasukan bola sepak terhebat dan paling lama mengekalkan kejuaraannya. Ya, He managed Manchester United for over a quarter of a century, during which period he won 38 trophies. Jom kita lihat statistik kejayaan beliau.

0___iAZu-xpc6fuB2H

Luar biasa bukan?.

Saya senaraikan disini beberapa pelajaran yang kita boleh dapat dari kisah kejayaan Sir Alex Ferguson di Manchester United.

1.Layan setiap orang didalam syarikat dengan rasa hormat dan jadikan mereka rasa dihargai.

Macam mudah je kan bunyinya? SAF sedaya upaya mewujudkan ‘family atmosphere’ didalam kem pasukannya. Dari Superstar hinggalah pencuci pakaian didalam kelab mendapat layanan yang adil dari beliau. Tapi hakikatnya, dalam pasukan kita memuaskankan hati semua orang bukan kerja mudah.

2. Pekerja yang lebih muda/baru akan belajar dengan baik dan cepat bila dibantu oleh orang lama dalam syarikat.

Dibawah pengurusan SAF ,dunia mengakui yang Manchester United memiliki pasukan pelapis atau youth program yang terbaik didunia. SAF sentiasa pastikan kewujudan pasukan pelapis diketahui oleh semua. Sebagai contoh, dia akan pastikan pasukan muda mereka akan warm up bersama pasukan utama bagi memastikan semangat satu pasukan berada pada tahap luar biasa. Dalam syarikat, untuk membentuk pasukan Sales yang mantap, manager perlu memastikan new sales staff berguru atau dilatih oleh senior sales yang terbukti kejayaannya. Membentuk attitude yang betul adalah paling utama. Biasanya kita panggil sistem begini sebagai buddy-buddy system. Secara peribadi, system ini berhasil untuk diri saya.

3.Tugas paling penting seorang pengurus ialah memberikan motivasi kepada pasukannya. 

Manchester United sentiasa dikenali sebagai greatest comeback  sehinggakan masa tambahan selepas 90 minit disebut sebagai “Fergie Time”. Bagaimana ini boleh berlaku?. Mari kita tengok kata-kata hikmah dari SAR ketika masa rehat dibilik persalinan :

“Bila piala itu akan dijulang, bayangkan kamu  tidak mampu untuk menyentuhnya sekiranya kamu pasukan yang kalah. Kamu semua akan berjalan melalui piala itu dengan medal pasukan yang kalah dan menyedari seseorang berjalan dibelakang kamu akan menjulang piala itu” Kata kata penuh inspirasi ini dizahirkan oleh SAF sehingga menjadikan anak-anak buahnya bertukar dari fearful men into world-beaters.

solskjaerbayerngoallargephoto-2184626-1024x672
1999 Champion League Final: Bayern Munich 1-2 Manchester United

Semua staff didalam syarikat tuan-tuan memerlukan saat sebegini yang membolehkan mereka sentiasa berada pada tahap motivasi yang tertinggi dan terbaik. Apa bentuk motivasi yang boleh dilaksankan dalam syarikat. Nanti kita bincang didalam posting yang akan datang.

4. Adakan sesi perbincangan sacara face to face dengan semua setiap staff didalam bilik tanpa kehadiran staff yang lain. 

Di pejabatnya, banyak perjumpaan secara peribadi berlangsung antara SAF dengan pemain-pemain serta pasukan sokongan nya yang lain. Sesetengah pemain gemar berkongsi masalah diatas padang dan juga masalah peribadi dengan pengurus mereka. Bagi pemain-pemain lagenda yang dikenali sebagai Class of 99 sepeti David Beckham, Paul Scholes, Gary Naviele, dan lain-lain, SAR adalah bapa kedua bagi mereka. Mereka dicungkil bakat dan berlatih dari zaman kanak-kanak hinggalah bersara dari dunia bola sepak professional.

Class of 99
Class of 99

Pengurus yang bijak, akan memberikan khidmat nasihat yang sesuai untuk staff mereka tanpa berkompromi dengan prestasi kerja mereka. Anda tidak boleh menjadi popular untuk sentiasa disenangi dan disayangi pekerja bawahan anda sepanjang masa. Itu merbahaya.

happy-quotes-10

5. Anda perlukan pasukan yang hebat disemua sudut. Bukan seorang dua bintang sahaja.

Pernah dengar kata kata ini. No one is bigger than Manchester United. Itulah kata kata keramat SAF yang menyaksikan beberapa bintang besar pasukan akhirnya dijual dan berpindah kepasukan lain. Antara kes yang paling popular ialah bagaimana David Beckham berpindah ke Real Madrid dengan yuran perpindahan yang tidak setimpal dengan kualiti dan populariti beliau. Populariti Beckham telah menyebabkan beliau dibayangi lensa camera dan kegilaan fesyen yang melampau dan akhirnya membawa mudarat dimata SAF diatas padang.

SAF sentiasa memastikan He is The Boss. Didalam buku autobiografi beliau, SAF menyatakan yang dia akan pastikan tiada seorang pun pemain dibayar gaji melebihi dirinya sendiri. SAF akan sentiasa memastikan semua posisi didalam padang dikawal denga sempurna oleh setiap pemain. Tidak hairanla pada 1999, bila Man United memenangi 3 piala pada satu musim, barisan pemainnya adalah yang paling sempurna sekali dari penjaga gol hinggalah penyerang.

Dalam syarikat bagaimana?. Pasti akan ada ahli pasukan kita yang result oriented dan top performance tetapi ada masalah disiplin yang teruk. Sukar bukan untuk mengekalkan dia dalam pasukan. Sudah tentu dia akan menjadi barah yang akhirnya akan berjangkit kepada staff yang lain seperti Corona virus yang sedang kita hadapi sekarang ni.

6. Syarikat buat duit, laburkan semula sebahagian dari keuntungan untuk pembangunan staff/pasukan.

Selepas menjual Stam pada tahun 2001, SAF telah melepaskan David Beckam ke Real Madrid dengan yuran perpindahan sebanyak USD46 juta. Jumlah yang agak kecil sebenarnya untuk figura sebesar Beckam pada pandangan saya. Hasil dari jualan beberapa pemain bintang ini, SAF telah melabukan semula sejumlah USD68 juta dengan membeli pemain muda yang kurang dikenali. Dan hasilnya sangat luar biasa.

Dalam sesebuah syarikat, Boss tidak seharusnya kedekut berbelanja dalam proses pembangunan staff. Latihan demi latihan didalam dan luar negara dapat menjadikan mereka lebih efisien dan berdya saing. Tapi, latihan yang baik memerlukan kos yang tinggi. Disini akan timbullah isu, berbaloi ke syarikat berbelanja untuk pekerja yang belum tentu setia kepada syarikat.

20130912-audacium-training-employees
Dilema korporat.

Anda sebagai Boss, carilah jalan agar pekerja yang bagus diberi latihan terbaik dan mereka setia bersama anda. Perosalannya, bagaimana?

Sir Richard Branson
Ada berani boss boss sekelian

Sebagai contoh. Syarikat Kawalan Serangga (PCO) kebanyakannya bersaiz kecil dan sederhana (5-80 orang pekerja). Bagi memastikan kekal relevan dan perkembangan didalam pasaran yang mencabar sekarang ni, pekerja perlulah dilengkapi dengan teknik dan ilmu yang comprehensif. Disamping mencari jalan untuk mengurangkan kos operasi dengan tidak menjejaskan kualiti kerja. Kenapa?. Perang harga telah menyebabkan industri ini tidak bergerak selari dengan peningkatan kos bahan mentah dan juga gaji pekerja. Staff yang kompeten dan setia akan membantu syarikat terus berdaya saing. Ini tugas berat bukan?.

7. Fokus kan masa anda untuk memperkuatkan syarikat/pasukan dan selebihnya barulah beri perhatian kepada pesaing anda.

“I tend to concentrate on one or two players of my opponents — the ones that are the most influential. Who’s the guy who is taking all the free kicks? Who’s the guy who’s on the ball all the time? Who’s the one urging everyone on? The rest of the time I concentrate on our own team.” Sir Alex Ferguson.

Apa yang pesaing buat, apa teknologi baru yang dia ada, berapa salesman yang dia ada, berapa harga yang dia caj..itu semua berada diluar kawalan kita. Sebagai Boss, anda sudah tentu tahu menggunakan SWOT Analisis bukan?.  Apa yang dilakukan oleh SAF untuk pasukan Man United adalah lebih kepada memperkuatkan dan meningkatkan prestasi pemain dari memberi fokus yang lebih kepada kekuatan lawan.

Berikan perhatian yang lebih mendalam kepada beberapa perkara berikut:

  • Bagimana meningkatkan jualan syarikat
  • Bagaimana untuk mengawal kos agar tidak meletup
  • Jaga aliran tunai
  • Pelanggan adalah Raja. Pastikan mereka gembira.
  • Cari jalan untuk tidak berkompromi dengan harga.

8. Delegate.

SAF mempunyai beberapa penolong pengurus yang berkaliber sepanjang kerjaya beliau di Old Trafford. Liga bola sepak di Eropah merupan liga yang paling kompetitf di atas muka bumi. EPL, Champion League, Piala FA, Piala Inggeris dan lain-lain berlangsung dalam musim yang singkat. Bayangkan sekiranya beliau tidak dibantu oleh penolong pengurus yang cekap. Habislah. Diantara pembantu yang signifikan dengan kejayaan SAF ialah Carlos Quiroz, Steve Mc Laren dan Ryan Gigg.

Didalam syarikat, kita seharusnya bijak untuk membahagikan tugas kepada orang bawahan kita agar aspirasi dan matlamat syarikat dapat dipenuhi. Apa masalah kita hari ini?. Sebagai contoh,terdapat ratusan syarikat kawalan serangga diseluruh negara. Malangnya kebanyakan dari mereka diuruskan dan dijalankan oleh Pemilik atau Big Boss semata mata. Dialah HR, Akaun, Sales dan opertions. Pada peringkat awal keadaan ini boleh diterima. Tetapi bila perniagaan semakin berkembang, kita perlu menggaji staf atau pengurus yang membolehkan kita sebagai pemilik untuk membuat perancangan yang lebih besar untuk syarikat.

Tetapi. Ada tetapinya. Kita kena pastikan pengurus atau staff yang dilantik boleh dan faham untuk membuat keputusan selari dengan polisi dan idea kita. Their decision cannot be different with our decision. Memberi ruang dan peluang untuk pengurus membuat keputusan boleh meringankan beban anda sebagai Boss. Cuba elakkan fatal mistake seperti underquote atau membeli stok pada kadar berlebihan hingga boleh menjadi blood clot kepada syarikat.

Kesimpulannya, menguruskan sesebuah syarikat memerlukan skill pengurusan yang tinggi. Bijak dan berani mengambil risiko akan menentuka dimana syarikat anda 5 atau sepuluh tahun akan datang.

Cantoma
Indeed.

 

Yusnaizi Mat Aripin

Manchester United Die Hard Fan

Nota:Artikel ini diolah dari artikel Tanay Jaipuria.

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: