Prinsip Pareto Bagi Memilih Yang Penting

Apa khabar semua?. Harini saya memilih untuk berkongsi sesuatu yang lebih ringan dan santai. Boleh digunakan didalam semua bidang kerjaya atau industri yang kita ceburi. Pest control, insuran, pemasaran dll. Yang penting..ianya berkait rapat dengan result oriented activity. Diagram dibawah ini menunjukkan beberapa cabang kehidupan yang boleh mengaplikasikan kaedah ini bagi tujuan penambahbaikan.

Pareto-Google (2)

Pernah dengar 80/20 rule oleh Vilfredo Pareto? Dicipta pada tahun 1906. Pakar ekonomi Italy ini banyak membuat penemuan yang signifikan dalam bidang ekonomi, politik dan sosial terutamanya di Italy. Pada pemerhtian beliau, 80% dari keluasan tanah di Italy adalah dimiliki oleh 20% jumlah penduduk disana(golongan Elit dan bangsawan).

Dari idea ini lah maka 80/20 rule atau Law of The Vital Few, menjadi asas rujukan untuk hampir semua bidang kehidupan terutamanya pengurusan perniagaan.

Kita lihat situasi berikut:

Pareto (2)

  • Tahukah anda, berdasarkan diagram diatas, kita sebenarnya banyak melakukan perkara yang tak penting dan memberi impak yang kurang signifikan.
  • perkara yang penting ialah perkara yang berada dikelompok 20% tersebut. Jika kita benar-benar tumpukan perkara 20%, pasti kita sudahpun menuai 80% hasil yang kita harapkan. Seronok bukan?. Mestila seronok tetapi ia tidak semudah itu.
  • Keupayaan untuk menganalisis kerja harian yang menghasilkan impak luar biasa adalah sangat diperlukan.
  • Pada keadaan yang lebih extreme, ada kerja yang hanya 10% dapat menghasilkan 90% impak. Ini lah yang selalu kita guraukan..'”kerja sebulan, rehat 11 bulan”.. Indahnya hidup.
  • Robert Kyosaki pernah menyebut, 90% kekayaan dunia dimiliki oleh 10% punduduk dunia. Adakah anda salah seorang dari 10% tersebut?. Kenapa?. Ini kerana 10% penduduk dunia ini melakukan 10% usaha yang diperlukan untuk mengaut keuntungan 90% dari kekayaan dunia. Hebat bukan?
  • Bertepatan dengan sabda Rasululullah;”sembilan dari 10 pintu rezeki datangnya dari perniagaan”. Akhirnya golongan kapitalis barat yang mengaplikasikan kata-kata Nabi ini.

Membuat Sesuatu Yang Betul

Dale Carnigie(pemikir, penulis, pensyarah pemikir, ahli falsafah Amerika) pernah berkata di dalam salah satu bukunya iaitu”Adalah lebih baik jika saudara melakukan sesuatu yang betul berbanding melakukan sesuatu dengan betul”.. Hurmm. Pening juga untuk memahami kata-kata beliau ini..

Apakah perbezaan antara ‘membuat sesuatu yang betul’ dengan ‘melakukan sesuatu dengan betul’?

Sebagai contoh, anda mempunyai satu tender bernilai jutaan ringgit yang perlu dihantar by hand esok sebelum 12 tengahhari. Dalam masa yang sama, anda juga perlu menyiapkan kertas kerja untuk dibentang seminggu lagi, Kedua duanya penting bukan?. Saudara mengambil keputusan untuk membuat kertas kerja tersebut sehari suntuk. Saudara melakukan dengan baik dan cemerlang sekali. Persoalannya, adakah itu perkara yang betul untuk dilakukan?. Siapkan tender ataupun buat kertas kerja?

Dalam situasi itu, anda boleh dikatakan melakukan sesuatu dengan betul kerana telah menumpukan perhatian sepenuhnya, merangka struktur pembentangan dengan sistematik dan memastikan semua soalan yang bakal ditanya berjaya dijawab dengan baik. Persoalan yang lebih besar ialah, adakah saudara telah melakukan perkara yang betul pada masa itu?. Bukankah memberi tumpuan untuk siapkan tender adalah lebih utama?.

Begitu juga dengan kita, pastikan setiap apa yang dibuat mengikut prioriti. Ingat! 20% tugasan akan memberikan 80% keputusan positif dalam kehidupan kita.

Semoga kita dapat membuat garis masa dan meletakkan prioriti yang tepat dalam kerja harian kita.

Sehingga jumpa lagi di entry akan datang.

Nota: Artikel ini diolah dari Buku ’55 Petua Orang Berjaya’. Buku yang sangat baik untuk dimiliki.

Buku (2)

 

 

 

Published by blueoceanpest

Salesman cap ayam disebuah syarikat tempatan bertaraf SME. Sales is my passion.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: