Anai-anai makan burger?. Jom kita lihat..

Bijak bukan Mike Bentley ni?. Ialah, diakan entomologi dari National Pest Management Association. Anyway, bukan itu yang nak saya ulas disini. Apa yang perlu kita tahu sekarang ialah…Betulke anai-anai makan McD?..

Anai anai Mc D (2)

Apa yang Mike lakukan untuk experimen ini?. Sungguh menarik sekali.

Pertama sekali, beliau sediakan burger kosong(plain burger). Takde sayur, mayonis, sos, lada hitam semua la tu.. Sebagaimana yang kita tahu, anai-anai memang belasah semua makanan yang mengandungi selulose seperti kayu dan kertas.Kertas?..hurmmm..anda boleh bayangkan beg kertas diatas bukan?

Ok. Mike kemudiannya telah menuang lebih kurang 100,000 ekor termite kedalam bekas kaca bersama dengan paket makanan Mc D tadi.. Hermmm.. Ini menarik.

Kemudian, Mike telah menutup bekas kaca tersebut dengan sehelai kain bagi memastikan keadaan menjadi gelap dan kondusif untuk anai-anai mencari sesuap selulose.

perlu diingat, anai-anai adalah pemusnah senyap. Mereka bekerja secara senyap and they had a voracious appetite. Makan je kerjanya. Elok kerja kedai mamak je anai-anaini. Buka 24jam 7 hari seminggu. Teamwork anai-anai sangat luar biasa dengan pembahagian kerja yang sistematik dan teratur, mereka hanya memerlukan masa yang singkat untuk menjahanamkan harta benda anda.

The moment of truth. Apakah hasil dari experimen ringkas Mike ini.

  1. Beg kertas completely gone! Wow. Tak ada apa yang tinggal. Seakan akan anda membakar beg kertas dan biarkan abunya terbang ditiup angin. Hebat bukan?.
  2. Burger?. Ya. anai-anai memang suka burger rupanya. NOthing left. Habis dikokaknya burger tersebut. Maklumla 100 ribu ekor berebut burger sebijik.
  3. Fries?. Anai anai tidak menyentuh makanan ini. Mungkin banyak MSG kot.
  4. Kertas pembalut straw juga tidak terjejas.
  5. Jelas sekali, apa sahaja yang mengandungi selulose pasti akan menarik perhatian anai-anai.

Ok. Pesanan Mike, sekiranya anda melihat anai-anai aktif ,menyerang rumah anda. Jangan panik. Letakkan sahaja burger kosong sebagai umpan, dan call 1 800 88 8771(ini Sanicare Hygiene pakar anai-anai tu ke?)..Contoh soalan yang ada boleh tanya.

Kita jumpa lagi di entri yang akan datang.

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: