Salam semua,
Bagi yang telah membaca entri awal saya hari itu Kutu 101-Bahagian 1 , ini adalah sambungan cerita flea/kutu sebagaimana yang saya nyatakan di penghujung entri tersebut. Kali ini tumpuan akan diberikan kepada kaedah atau cara yang boleh digunakan oleh PCO(pest control operator) bagi membantu pelanggan mengatasi mimpi negri ini..
- Saya faham proses kawalan secara total untuk masalah kutu tidak mudah. Kutu, sekali dia dah masuk rumah kita..hermmmm.. memang payah dia nak cari jalan keluar. Paling penting, jangan sesekali buat manifesto atau janji dengan pelanggan yang anda adalah sehebat Ghosbuster.. sekali tembak, semua tumbang. Treatment untuk kutu memerlukan beberapa siri ulangan. Pendek kata, sekali tretment tak akan dapat menghapuskan budak kutu ni.
- Kawalan kutu boleh dibuat dengan beberapa kaedah terutamanya dengan menggunakan insecticide(racun serangga).
- Semburan insecticide boleh dibuat dikawasan dalam dan luar rumah pelanggan. Inspection yang menyeluruh amat penting bagi memastikan PCO membuat semburan dikawasan yang strategik. Jangan main sembur jee. Nanti kutu tak mati.Tuan rumah pulak yang jalan dulu.
- Ok. sekarang kita lihat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian sebelum treatment dijalankan:
- paling utama, PASTIKAN tiada orang dan haiwan peliharaan didalam rumah semasa treatment dijalankan. Kucing, anjing, hamster dan sebagainya perlu dibawa keluar. Ikan laga?. yang ni ok. tapi kena cover la bekas tu.
- semua tempat yang berpotensi tinggi untuk kutu bermastautin sepeti seperti karpet, lantai, upholstered furniture, kawasan kucing/anjing berehat dan bahagian bawah kain langsir rumah perlu disembur insecticide. Ingat!!. jangan shortcut. Kutu sifatnya macam bedbug.. sukar untuk dibunuh.
- Sembur dengan menyeluruh dan pastikan racun berjaya menembusi kedalam karpet dan celah rekahan didalam rumah. Kutu biasanya akan berselindung didalam rekahan tersebut. Guna flat fan nozzle ye dan jangan guna high pressure nozzle.
- Pastikan perabut dialih supaya senang kerja semburan dijalanan. PCO pelu pastikan harta benda pelanggan dijaga rapi. Sebarang kerosakan pada harta benda pelanggan akan menyebabkan anda buat kerja amal je lah haritu. Pengalaman kami, tengah buat ULV Misting kat dalam sebuah bangilow, sekali terlanggar pasu bunga klasik. kos ganti rugi lagi mahal dari apa yang kami caj pelanggan. Hermm. Apa pun tak boleh.
- Emulsifiable Concerntrate Formulation adalah yang paling sesuai untuk kawasan karpet kerana kadar penembusan kedalam meterial adalah tinggi.
- Wettable Powder dan Suspension Concerntrate sesuai digunakan dipermukaan tiles dan konkrit untuk kesan yang lebih lama. Contoh chemical yang boleh digunakan ialah Crackdown dan Starycide. Kedua duanya produk dari Bayer. Banyak pulak promo Bayer kali ni.
- ULV Misting juga boleh dilakukan untuk rapid knockdown process. Tapi kerja ni agak leceh sikit dan memberi kesan kepada permukaan yang sensitiv seperti gajet electronik dll.
- Ada PCO yang menawarkan one off treatment sahaja dan ada juga yang menawarkan paker 2x atau 3x treatment untuk keberkesanan yang lebih padu. Ada perbezaan tak?. Semestinya ada:
- Tengok, kalau single approach, kosnya memang murah tetapi potensi untuk callbacks adalah tinggi. Extended atau 2X service akan memberi kesan yang lebih baik. Terpulang kepada PCO untuk meyakinkan pelanggan anda. Kalau kami di Sanicare Hygien Services , pakej rawatan akan meliputi extended approach. Callback penat woooooo .
Kesimpulannya, IPM atau Integrated Pest Management adalah kaedah menyeluruh yang sebaiknya digunakan oleh PCO. Insecticide yang paling baik. Penggunaannya bergantung kepada kesesuaian masa dan tempat.Dan bajet pelanggan anda. Do not over promise your customer. there is no such thing called total elimination. Pastikan recommendation yang kita buat didalam inspection report diikuti sepenuhnya oleh pelanggan. Tanpa dual exercise, masalah kutu atau flea tida sksn dapat dibasmi sepenuhnya.
That’s all from me. Jumpa lagi di post atau entri yang lain. Mungkin kita cerita pasal bed bug pulak.
Nota tapak kaki: diambil dan diolah dari Bayer Learning Lab. (patutla promote bayer produk..heheh)