Kutu ataupun Flea merupakan sejenis parasit yang boleh dijumpai dibadan haiwan dan juga manusia. Kadang kala anda boleh jumpa di jalan raya dan bus stand. Itu kutu rayau. tiada kena mengena dengan perbincangan kita. Ada 2000 lebih spesis kutu di seluruh alam maya ini. Terdapat 5 spesis utama yang biasa kita ketahui iaitu Cat Flea(kutu kucing), Dog Flea(kutu anjing), Human Flea(Kutu Manusia) dan Oriental Rat Flea(Kutu Tikus). Adapun kutu babi yang disebut P Ramlee dalam filem Bujang Lapok tidak termasuk. Jom kita teroka dunia Kutu dan Manusia ini secara ringkas.
Bagaimana rupa kutu dan berapa besar saiznya?
Saiznya sangat kecil iaitu berukuran 1.5 ke 3.3mm panjang. Dengan saiz yang kecil, kutu boleh cilok sambil corner baring dicelah celah rambut manusia dan bulu binatang. Mempunyai kaki yang kuat. Boleh melompat setinggi 20cm dan sejauh 40cm. Jauhtuuuu.Anyway, gambar yang hodoh macam Predator tu ialah Cat Flea jika dilihat melalui electron microscope. Hodoh sungguh rupanya. Cuba anda bayangkan makhluk halus sehodohtu sedang merayap dibadan kucinga anda. Dan anda dengan penuh kasih sayang memeluk kucing anda itu…
Kenapa kutu dipanggil parasit dan adakah ia merbahaya?
Kutu menumpang kasih dibadan haiwan/manusia(host atau perumah) dengan menghisap darah dan membiak. Secara lebih spesifik, kutu dikenali sebagai ectoparasite kerana sifatnya berada diluar badan perumah. Kalau kepala kita ada kutu, maknanya kita adalah perumah bagi kutu. Kalau rambut afro tu, kira banglow la untuk kutu. Adakah ia merbahaya?. Bukan sahaja membuatkan kita tidak selesa dan gatal kesan dari gigitan kutu, ia juga boleh menjadi vector kepada beberapa jenis penyakit seperti bubonic plague(penyakit ini telah membunuh 1/3 penduduk Eropah pada abad ke14. So, dont play a fool.
Keadaan atau iklim yang digemari oleh kutu?
Cuaca atau suhu panas dan lembab seperti negara kita adalah kondisi yang paling ideal untuk kutu membiak. Kutu kurang bahagia bila berada didalam suhu dan cuaca yang kering.
Bagaimana caranya untuk kita menghalang infestasi kutu?
Secara amnya, ancaman kutu boleh dikawal sekiranya kita mengambil beberapa langkah berikut:
- Pastikan rumah sentiasa bersih.
- Vacuum carpet, lantai, dan perabut secara berterusan supaya tiada ruang untuk kutu berada didalam rumah anda. Basuh linen, pembalut sofa dan pastikan kesan lama kutu(telur dan larva) dimusnahlan sepenuhnya.
- Memandangkan kutu boleh merebak melalui tikus, pastikan rumah anda tidak mesra tikus. Remember one golden rule. Tikus memerlukan 3 element untuk terus hidup dirumah anda; Makanan, Air dan tempat tinggal. Pastikan anda tidak berkompromi dengan 3 elemant tersebut.
- Penjagaan pets(haiwan peliharaan) yang komprehensif; Saya tahu ramai peminat kucing dan anjing dinegara kita. Malah ada yang menjadikan haiwan haiwan ini sebagai ahli keluarga. Tidur sebantal, makan sepinggan, mandi sama-sama.
- Dapatkan pemeriksaan/rawatan dari Dr Veterinar anda sepanjang masa.
- pastikan anda membersihkan badan haiwan peliharaan setiapkali balik dari riadah di tamana dan dikawasan luar rumah. Ingat. Kutu adalah atlit yang hebat. Boleh melompat sehingga 40cm dan setinggi 20cm. Peluang untuk kutu dari haiwan lain untuk berjangkit keatas badan kucing/anjing anda adalah sangat tinggi.
Bagaimana caranya untuk menghapuskan kutu dirumah saya?
Oleh kerana sifat kutu yang sangat cepat membiak, adalah amat sukar untuk betul betul mengahpuskan mereka secara total. Namun begitu, selain dari mendapatkan khidmat nasihat Dr Veterinar anda, anda juga boleh memanggil PCO(Pest Control Operator) yang bertauliah untuk membantu anda. Jadi, siapa yang patut anda hubungi?.. siapa?.. SANICARE HYGIENE SERVICES SDN BHD .Sila call 1 800 88 8771. Jangan bimbang, FREE SURVEY and FREE CONSULTATION.
Dibahagian kedua nanti saya akan membincangkan kaedah atau cara yang boleh digunakan oleh PCO untuk menangani masalah kutu dan kawan kawan mereka.
Seranggahidup
1/9/2018:2.46am
(huhuhu..SST dah sampai.Ucapkan salam perkenalan untuk SST)
One Reply to “Kutu 101-Bahagian 1”