FAQ(Soalan popular) Termite

Termite merupakan serangga yang paling ganazzzz dan mampu merosakkan hampir kesemua struktur kayu dirumah anda. Subterranean termite adalah yang paling merbahaya dan membawa kerosakkan yang amat serius kepada rumah dan poket anda. Sungguhpun bersaiz sangat kecil, tapi termite boleh menyebabkan anda tak tidur malam, apa lagi tidur disiang hari. Tentu banyak persoalan yang ada dalam kotak fikiran kita semua. Disini saya ringkaskan FAQ yang selalu menjadi misteri kepada kita semua.

  1. Apa itu termite?Termite merupakan social insect. Maksudnya mereka mempunyai carta organisasi yang lengkap seperti dalam keluarga kita. Kebiasaannya berwarna putih dan jika dilihat dengan mata kasar seakan-akan beras basmathi yang berjalan-jalan didalam bingkai pintu anda. Kalau anda tak percaya, cuba korek bingkai pintu anda atau angkat kotak dalam stor anda tu. Mana la tahu termite sedang berseronok disitu.
  2. Ada berapa spesies termite yang wujud? . Diseluruh dunia, terdapat lebih 2000 spesis. Hanya segelintir sahaja diketahui penting secara ekonomi iaitu didalam bidang pertanian, pembinaan dan juga sektor perumahan. Di Malaysia dan Asia Tengara, hanya 3 jenis yang signifikant iaitu SUBTERANNEAN TERMITE, DRYWOOD TERMITE DAN DAMPWOOD TERMITECoptotermes Spp merupakan spesis yang paling menggerunkan. Kecil dan membinasakan. 
  3. Mana tempat tinggal mereka?Bagi termite jenis subterraneaan yang kebiasaannya merosakkan rumah tuan puan, mereka berada dibawah tanah. Mereka hanya akan memasuki rumah anda untuk memakan struktur kayu/kertas atau apa sahaja yang mengendungi element selulose didalamnya. Proses kebergantungan hidup koloni mereka bergantung sepenuhnya kepada proses pencarian selulose ini. Justeru, untuk kita mencari Queen atau King termite ini adalah amat sukar sekali. Mereka berada disinggahsana yang jauh di bawah tanah. Apa yang boleh anda buat?.. letakkan papan tanda disekeliling rumah.. “rumah ini tiada selulose”. Kot kot termite boleh terpedaya dengan helah anda itu…
  4. Apa yang ada didalam sesebuah koloni termite?Termite terdiri daripada beberapa kasta yang membawa tugasan dan peranan berbeza. 3 kasta tersebut ialah worker (pekerja), soldier(askar) dan reproductive(reproduktif).
  5. Mana satu dipanggil workers?Berperanan sebagai pemberi makan kepada kasta yang lain disamping menjaga telur dan nymph didalam sarang. Kecil dan berjasa bukan?. Workers
  6. Mana satu soldier?soldier memiliki kepala yang lebih besar jika dibandingkan dengan worker. Rahangnya juga agak kuat. Biasala soldier, mesti kena lebih kuat. Bertindak melindungi sarang/koloni sekiranya ada ancaman. Bawah kementerian pertahanan la kiranya. Buruk rupanya bila di mikroskop kan..
    Soldier under the  electron micrograph
    Termite Head
  7. Mana satu kelkatu(alates)? Alates merupakan kasta reproduktif yang bertanggungjawab mewujudkan koloni baru demi meneruskan kelangsungan hidup keturunan mereka. Anda biasa lihat kalkatu bukan?. bila lepas hujan kelkatu akan berkumpul dilampu rumah kita, kebiasaanya rumah kampung. Tak pernah jumpa?.. confirm budak KL.
  8. Apa yang Termite makan?.Termite makan semua struktur yang mengandungi element selulose. Kayu ke kadbod, malah tilam dan pakaian juga menjadi santapan mereka. Habis dikokaknya. Pengalaman saya sendiri meyaksikan tilam asarama pelajar disebuah IPTS di Bangi habis dikokak oleh coptotermes.
  9. Adakah termite aktif sepanjang tahun?Soalan ni mungkin kurang relevan untuk kita di Malaysia. Termite sememangnya aktif 24/7. Disini kita tiada musim sejuk yang secara semulajadinya memperlahankan aktiviti termite di negara negara eropah dan Amerika. Di Asia Tenggara yang beriklim tropika, 90% dari rumah yang baru dibina terdedah kepada serangan anai-anai dalam masa 3 tahun.
  10. Betulke termite boleh merosakkan rumah yang doorframe diperbuat dari kayu?Ya. Kecuali anda menggunakan kayu yang dirawat dengan bahan kimia anti termite. Atau boleh juga menggunakan doorframe besi atau aluminium. Menangis termite nak kokak rumah tuan puan.
  11. Terdapat termites didalam rumah saya, tetapi tiada tanda atau kesan termite merosakkan struktur rumah. Perlukah saya bimbang? Bukan setakat bimbang, anda seharusnya menangis ketakutan. Ini kerana kesan dari serangan termite tidak boleh dikesan dalam jangkamasa pendek. ia mengambil masa yang lama untuk memunculkan diri. Mereka merosakkan struktur dalaman kayu sehinggalah kita dapat melihat kewujudan mud tube atau kayu semakin reput. Pada ketika itu, baiklah tuan puan berdoa sambil menghubungi syarikat kawalan serangga yang bertauliah untuk membantu anda. Kos?. 4 angka lah kiranya.
  12. Berapa lamakah jangkahayat satu satu koloni termite?.  Susah nak jawab soalan ni. namun begitu, termite boleh bertahan bertahun tahun lamanya, mungkin sampai kiamat disebabkan sifat reproduktifnya yang progresif. Sekiranya tiada gangguan dari luar,ini kerana Pasangan DiRaja didalam sesebuah koloni akan bersilih ganti.
  13. Bagaimana saya ingin kenalpasti jika rumah saya diserang termite? Jika kita perhatikan betul-betul, kita akan dapat mengenalpasti beberapa tanda yang utama. Diantaranya ialah, permukaan kayu akan berombak dan akan bertukar warna. Cuba korek permukaan kayu dengan jari anda, sekiranya ia sudah berlubang dari dalam, maknanya termite dah berjaya mengokak kayu tanpa memunculkan dirinya. Mud tube juga merupakan tanda yang paling jelas kehadiran termite dirumah anda. Mud tube merupakan kesan tanah berbentuk garisan menjalar.
  14. Apa yang perlu saya buat sekiranya ada termite dirumah saya? Pertama sekali jangan panik. Ambil phone dan dail 1 800 88 8771. Hubungi Sanicare Hygiene Services dengan segera. Pesanan saya, cari syarikat kawalan serangga yang bertauliah dan berpengalaman untuk pastikan anda mendapat perkhidmatan terbaik disamping jaminan yang bersesuaian. Ingat call siapa?. Sanicare Hygiene Services.
  15. Apakah itu mud tubes dan apa peranannya? Mud tubes berperanan sebagai pelindung bagi ancaman luar seperti ketidaktentuan cuaca. Termite sangat sensitif dengan cuaca terutamannya cuaca panas. Mereka boleh mati kekeringan (dehidrasi). Mud tube diperbuat daripada tanah dan najis mereka sendiri dan dicampur dengan saliva.termite-faq2
  16. Boleh ke tidak Termite menembusi konkrit, semen?. Tidak. Gigi mereka belum cukup kuat untuk menembusi dinding konkrit. sebaliknya termite boleh memasuki dinding konkrit kesan daripada rekahan dan pengembangan struktur konkrit yang terjadinya akibat perubahan cuaca dan suhu secara semulajadi.
  17. Sekiranya termite hidup dibawah tanah, bagaimanapula mereka boleh berada dibahagian atas (siling, bumbung) sesebuah bangunan?.  Untuk mencari sesuap selulose, termite boleh travel hingga ke tingkat paling atas sesebuah bangunan. Bagaimana?. melalui rekahan, saluran utiliti(kabel elektrik, telekom, dan air). Untuk lebih detail berkenaan pengurusan termite dibangunan pencakar langit, tunggu di posting akan datang.
  18. Sekiranya kayu yang diserang termitte dibuang sepenuhnya, adakah masalah saya sudah selesai?. Ya dan Tidak. Ya kerana anda tidak akan menjumpai lagi kesan kerosakan tersebut. Tidak, kerana termite berada didalm tanah dibawah rumah anda. koloni masih aktif dan menunggu masa untuk membalas dendam diatas kematian” rakan mereka yang lain. Hutang darah dibayar darah. Ooops. Termite takde darah.
  19. Bagaimana TERMITE boleh berada dibandar bandar besar?   Anda pernah menonton filem War of The World?. Lakonan Tom Cruise (2005).WOTW Termite sebenarnya telah menghuni bumi Allah ini berjuta tahun lamanya. Mereka sudah berada dibawah bangunan bangunan dikotaraya tanpa kita sedari. Sepertimana Aliens yang tertanam didalam perut bumi didalam Filem War Of The World. Mungkin Spielberg mengambil inspirasi kisah Termite untuk filemnya yang bertaraf pecah panggung ni.
  20. Adakah Termite mempunyai impak positif terhadap kehidupan manusia dan alam sekitar? Didalam persekitaran alam semulajadi, Termites mempunyai peranan yang penting untuk proses penguraian kayu kayan dan mengembalikan kitaran ekosistem yang lengkap. Paling penting, tanpa Termite..maka tiadalah PCO(pest Control Operator) seoerti kami.. Kami sayang termite.
  21. Bolehkah minyak atau household insecticide seperti Ridsect dan yang sewaktu dengannya digunakan untuk mengawal Termite? . Tidak Boleh. Anda hanya menghalau atau membunuh sebahagian kecil dari populasi termite. Lebih teruk, anda membustksn termite berhijrah ketempat lain didalam rumah anda. hijrah memang bagus untuk kita, tapi bukan untuk termite.
  22. Ada berapa jenis kawalan Termite di Malaysia?.  Secara asasnya terdapat 3 kaedah iaitu Soil treatment(rawatan Tanah), Baiting(pengumpanan) dan Chemical barrier (halangan kimia).
  23. Antara ketiga-tiga kaedah rawatan diatas, mana yang lebih baik? Ketiga tiga adalah baik. kesesuaian dan bajet anda yang perlu diberi perhatian. Sekiranya anda berada dirumah Kondominium, apartment, pengumpanan adalah paling sesuai. kebiasaannya, kos untuk pengumpanan lebih tinggi jika dibandingkan dengan chemical barrier.
  24. Apakah kelebihan rawtan chemical barrier atau slab injection?. Kesan yang pantas. Bahan kimia yang digunakan boleh meninggalkan kesan residu. Warranty biasanya samaada 2,3 atau 5 tahun bergantung pada dilution yang digunakan.
  25. Keburukan Slab Injection? Tidak membunuh keseluruhan koloni. Sebaliknya memungkinkan terhasilnya sub koloni kesan dari chemical reaction keatas sebahagian kecil termite. Penebukan lubang dilantai bangunan akan mencacatkan lantai. Sakit mata melihatnya. harap maklum, lubang ditebuk di keseluruhan tepi dinding pada jarak 1-2 kaki interval.
  26. Apa itu rawatan pengumpanan?  Pengumpanan atau Termite Baiting System merupakan kaedah yang diperkenalkan bagi tujuan penghapusan kolony secara total. 2 item utama iaitu IG(in Ground Station) dan AG (Above Ground Station) akan diletakkan dipremis pelanggan untuk tujuan pemerhatian dan juga proses eliminasi.
  27. Berapakah masa yang diambil untuk menghapuskan termite dengan kaedah pengumpanan?. Kebiasaanya ia akan mengambil masa 3-6 bulan bergantung kepada 2 faktor utama iaitu: saiz kolony dan point of contact with colony. Sekiranya koloni terlibat adalah besar, masa diambil mungkin melebihi 6 bulan. Pengalaman kami, 90 hari atau 3 bulan adalah elimination period yang paling ideal.
  28. Apakah kebaikan sistem pengumpanan?. Kaedah ini berkesan untuk menghapuskan koloni termite di kawasan rumah anda. Lebih penting dari itu, teknisyen kami tidak perlu menjadikan rumah anda seperti kapal pecah sebagaimana keadaan dimana kerja kerja slab injection dijalankan.
  29. Keburukan kaedah pengumpanan? . Mengambil masa yang lama untuk menghalau termite keluar dari rumah anda. Proses pengambilan umpan(matrix) biasanya perlahan.
  30. Siapa yang perlu kami panggil untuk mengatasi masalah termite?. Sekali lagi..sekali lagi.. Call 1 800 88 8771,. Kami di Sanicare Hygiene Services bersedia memberi khidmat nasihat secara PERCUMA.

Sekian. Panjang pulak posting kali ni.

CALL US NOW 

 

 

 

 

 

Advertisement

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: